Saturday, March 28, 2009

Mejar Anuar pemegang no.calon 14 dan lambang/logo TELEFON

Dimaklumkan bahawa perjalanan proses penamaan calon N25 DUN Bukit Selambau pada pagi ini telahpun tamat. Setelah berakhir proses penyerahan borang pencalonan dan tempoh bantahan, 15 calon yang menyerahkan borang masing-masing telahpun diumumkan layak bertanding di mana Calon Pilihan Rakyat N25 DUN Bukit Selambau Mejar (B) Haji Anuar Abdul Hamid memegang nombor 14 dan mendapat lambang/logo bertanding dengan logo TELEFON.

Jadi, kepada semua pengundi N25 DUN Bukit Selambau, INGAT NO.14 INGAT TELEFON = CALON PILIHAN SEMUA RAKYAT DI BUKIT SELAMBAU PADA 07 APRIL 2009 NANTI!

Selamat Mengundi Calon Bebas Mejar Anuar !
SelamatSelambau

3 comments:

Sokong Mejar said...

Nak canggih sikit bubuh la cap HandPhone.

Selamat Selambau said...

Hmmm, saudara Sokong Mejar,
tak boleh tukar lambang yang SPR bagi ... ni dah template deorang ... kalau letak lambang henfon, susah la nanti orang keliru ... :)

Thanxs !

Anonymous said...

Pengundi N25 DUN Bukit Selambau patut undi calon yang mempunyai trek record yang nyata dalam khidmat terhadap rakyat dan neagara. Bukan mereka yang terjun untuk menjadi calon bila ada kekosongan. Undilah Mejar Anuar yamg mempunyai trek record yang baik dalam dan luar negara.PILIH PEJUANG BUKAN OPORTURNIS.