Oleh G. MANIMARAN
MStar Online : Siaran - Khamis Mac 19, 2009
MStar Online : Siaran - Khamis Mac 19, 2009
PETALING JAYA: Sekurang-kurangnya sembilan orang termasuk tujuh calon Bebas dijangka akan bertanding pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau. Setakat petang ini tujuh orang telah membuat deposit RM5,000 untuk bertanding. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyifatkan perkembangan itu sebagai sejarah dalam sistem pilihan raya negara ini.
"Ini satu perkembangan bersejarah bukan sahaja dari segi pilihan raya kecil tetapi juga pilihan raya umum," kata Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar ketika dihubungi di Sg. Petani semalam.
Kata beliau, jika mengambil kira dua calon Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat, dijangkakan sekurang-kurangnya sembilan akan bertanding.
BN sudah mengumumkan calon Sabtu lalu manakala Pakatan Rakyat dijadual Jumaat ini. "Jika ini berlaku, pilihan raya kecil ini akan menjadi sesuatu yang menarik," katanya. Bagaimanapun kata beliau, ketujuh-tujuh calon berkenaan boleh mendapatkan deposit mereka jika tidak bertanding kelak.
BN menamakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas, Datuk S. Ganesan sebagai calon.
Setakat ini Pakatan Rakyat yang diwakili Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah menyenaraikan lima calon.
Daripada lima calon itu, seorang ahli perniagaan muda berusia 30an, dijangka menjadi pilihan PKR.

4 comments:
Mejar!
Dah nampak rekod Mejar yang cemerlang.
Kenapa mesti bertanding jadi Wakil Rakyat?
Ini lah satu jawatan yang mana penyandangnya sengaja menempa cacian dan makian. Mejar tak bimbangkah? Segala track record mejar yang suci bersih bakal dicemari kerana selepas ini setiap gerak dan ayat Mejar akan diperhalusi untuk dicari salah silapnya.
sayang seribu kali sayang... Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.
Nama yang macam mana yang Mejar nak tinggalkan? Yang suci bersihkah atau nama yang berlumuran najis dek kerana rasa hati yang tak sudah-sudah mengumpul dendam?
Mejar lebih sesuai menjadi penyokong setia daripada menjadi penyandang utama.......
all the best!
ha ha
Sampai bila kita harus menjadi penyokong setia ? adakah selepas bangsa lain memerintah baru kita hendak bangun dari tidur ! by then its to late !
Tetapkan matlamat tuan!!!
*detguaq
Post a Comment