KENYATAAN RASMI MEJAR ANUAR:
(30 March 2009 : 12:00 Tghari)
Selamat Selambau menerima panggilan telefon dari Mejar Anuar pagi tadi selepas beliau menjengok laman blog ini dan terbaca mengenai Siaran Akhbar di bawah : bertajuk Tiga calon Bebas di Bukit Selambau sedia tarik diri . Kata Mejar Anuar, sebagai seorang bekas Perajurit yang berani menempuh apa saja halangan dan "beliau berani mati demi perjuangan Agama, Bangsa dan Tanahair" , sebenarnya beliau tidak pun mengeluarkan kenyataan seringkas siaran akhbar tersebut, penjelasan beliau mengenai perkara tersebut adalah ;
- beliau tidak akan menarik diri dari bertanding di N25 DUN Bukit Selambau.
- beliau akan terus bertanding di atas tiket Bebas.
- KECUALI jika beberapa syarat kemasukan semula Tun Dr.M diterima oleh UMNO.
- yakni, UMNO menerima Tun berdua, serta juga SELURUH AHLI UMNO YANG KELUAR UMNO BERSAMA-SAMA TUN MEI 2008 YANG LALU untuk masuk semula.
- jika syarat tersebut UMNO dapat pertimbangkan, maka beliau akan cuba mempertimbangkan kedudukannya sebagai Calon Bebas Bukit Selambau sama ada menarik diri atau tidak.
- jika UMNO tidak dapat memenuhi syarat tersebut, maka beliau akan terus mempertahankan kedudukannnya sebagai Calon Bebas kali ini.
- SEHINGGA BERITA INI DITULIS, PENDIRIAN MEJAR ANUAR ADALAH TETAP : TERUS BERTANDING DAN TIDAK BERHASRAT TARIK DIRI.
Semoga dengan penjelasan ini, penduduk N25 DUN Bukit Selambau akan lebih mendapat maklumat yang tepat dan rasmi dari Mejar Anuar sendiri. Sekian, terima kasih.
Selamat Selambau
-----------------------------
Siaran Akhbar Utusan Online : 29/03/2009
Tiga calon Bebas di Bukit Selambau sedia tarik diri
SUNGAI PETANI 29 Mac — Tiga calon Bebas yang telah mengesahkan diri bertanding merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau pada pilihan raya kecil 7 April ini, bersedia menarik diri atas alasan sendiri.
Mejar (B) Anuar Abd Hamid berkata beliau sedia menarik diri daripada bertanding jika bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed kembali menyertai Umno.
“Saya ikut Dr Mahathir keluar parti tahun lepas dan kalau Dr Mahathir masuk semula parti, saya sedia mempertimbangkan untuk tarik diri dari bertanding,” kata bekas anggota jawatankuasa Umno Bahagian Merbok itu yang sudah 20 tahun melibatkan diri dalam politik kepada Bernama di sini hari ini.
Dr.Mahathir mengumumkan akan kembali menyertai Umno selepas berakhirnya Persidangan Agung Umno di Kuala Lumpur semalam.
Seorang lagi calon Bebas, Khamis Awang berkata beliau sedia menarik diri bagi memberi peluang lebih besar kepada calon Bebas lain atas dasar perpaduan dengan syarat calon itu berjanji tidak menyertai mana-mana parti jika menang kelak.
Abdul Rahim Abu pula berkata beliau sedang mempertimbangkan secara serius untuk menarik diri ekoran terdapat beberapa calon Melayu bertanding atas tiket Bebas di kerusi itu kerana tidak mahu undi Melayu berpecah.
“Untuk orang Melayu, saya sedia buat apa saja. Saya sanggup bertanding dan memperjuangkan nasib orang Melayu dan saya juga sedia memberi laluan kepada orang Melayu lain. Saya tidak ada kepentingan apa-apa,” katanya.
Calon lain yang akan bertanding atas tiket Bebas ialah Husaini Yaakob, Radzi Md Lazim, Mohd Fadzil Wahab, S. Moganakumar, Venason Michael, L. Sarala, T.Chandrarajan, R. Loganathan, Tan Hock Huat dan A. Jayagopal.
Kerusi itu menyaksikan pertandingan 15 penjuru termasuk calon Barisan Nasional (BN) S. Ganesan dan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) S. Manikumar. — Bernama
-
2 comments:
TERUSKAN PERJUANGANMU MEJAR.....
PUTAR BELIT AKHBAR ARUS PERDANA SUDAH TIDAK KAWAN!
detguaq!
BUKIT SELAMBAU PERLUKAN WAKIL YANG VOKAL & BERANI
Masyarakat India masih lagi menolak calon daripada MIC kerana kemarahan mereka terhadap Presiden parti tersebut masih belum reda.
Dato’ Seri S. Samy Velu masih lagi menjadi igauan buruk kepada masyarakt India kerana bagi mereka beliau sudah terlalu lama berada di puncak kuasa dan perlu berundur untuk memberi peluang kepada muka baru.
Majoriti pengundi India akan beralih kepada calon PKR ataupun calon Bebas berketurunan India.
Jadi, jangan bazirkan undi anda!!!
SOKONG CALON PKR BERMAKNA ANDA MENGIKTIRAF PERJUANGAN HINDRAF.
SOKONG CALON MIC BERMAKNA ANDA BERSUBAHAT DALAM MENJAYAKAN AGENDA HINDRAF.
Jangan bazirkan undi anda!!!
Seorang wakil rakyat yang vocal dan berani untuk menjaga kepentingan masyarakat melayu di DUN Bukit Selambau amatlah diperlukan.
Kembalikan kelantangan suara Melayu di DUN Bukit Selambau dengan memilih Mej. (B) Hj. Anuar Abdul Hamid.
Oleh: Anti Hindraf
Post a Comment