Monday, April 6, 2009

SELAMAT MENGUNDI MEJAR ANUAR ! SELAMAT PANGKAH LAMBANG TELEFON !



SELAMAT MENGUNDI KEPADA SEMUA PENGUNDI N25 DUN BUKIT SELAMBAU!

IKHLAS DARI : Blog UndiMejarAnuar.blogspot.com

UNDI ANDA PENENTU MASA DEPAN DUN BUKIT SELAMBAU YANG LEBIH BAIK & SELAMAT!

UNDILAH MEJAR ANUAR !
UNDILAH LAMBANG TELEFON !
JUTAAN TERIMA KASIH

Selamat Selambau
(07/April/2009 : 2.45Pagi)

Kemuncak Kempen Hari Terakhir Sebelum Pembuangan Undi !

Terlalu bersungguh-sungguh dan beliau menjadi harapan rakyat di DUN Bukit Selambau, inilah calon kita : MEJAR HAJI ANUAR BIN ABDUL HAMID (B)!

Hari terakhir berkempen terus digunakan oleh jentera kempen Mejar Anuar khususnya beliau sendiri sebagai CALON BEBAS PILIHAN bagi menemui seluruh penduduk sekitar DUN Bukit Selambau dan menyatakan kesediaannya menjadi Wakil Rakyat bagi seluruh rakyat di sini tak kira bangsa. Inilah komitmen dan kesungguhan Mejar Anuar.


Maklum balas yang diterima amat-amat positif. Hampir keseluruhan penduduk dan pengundi di DUN Bukit Selambau memberikan sokongan yang padu dan jitu kepada Mejar Anuar. Sesungguhnya, Mejar Anuar adalah pilihan terbaik yang ada dalam semua barisan 15 calon bertanding!Mejar Anuar pastinya calon yang mesti penduduk serta pengundi DUN Bukit Selambau pilih sebagai wakil rakyat mereka. Syabas Seluruh Penduduk DUN Bukit Selambau yang bersemangat untuk keluar mengundi Selasa 07 April 2009 dan memangkah CALON BEBAS LAMBANG TELEFON !
UNDILAH MEJAR ANUAR!
UNDILAH LAMBANG TELEFON!
InsyaAllah DUN Bukit Selambau akan SELAMATTTT !
.

Taklimat Mejar Anuar Bersama Jentera Pilihanraya


Penat sungguh perjalanan tadi disulami hujan lebat, akhirnya Selamat Selambau selamat tiba diperkarangan markas Calon No 14 Mejar Anuar Abdul Hamid bertempat di Taman Peruda Sungai Petani.

Setibanya Selamat Selambau disini Selamat Selambau dapati Mejar Anuar sedang bertungkus lumus memberi taklimat terakhir kepada petugas-petugas jentera pilihanraya beliau sebelum hari pembuangan undi esok.

Begitu bersemangat gerak kerja serta tingkah laku Mejar Anuar menyampaikan kata-kata semangat buat semua petugas beliau.


KEPADA PENGUNDI N25 DUN BUKIT SELAMBAU!!!

INGAT TELEFON.. INGAT MEJAR ANUAR!!! 

UNDILAH MEJAR ANUAR ABDUL HAMID (B)


UNDILAH MEJAR ANUAR !

Berikut antara gambar-gambar yang sempat Selamat Selambau rakamkan.

Kelihatan Mejar Anuar sedang mengarahkan sesuatu kepada jentera beliau.
Serius dalam mendengar permasalahan yang timbul oleh jentera beliau.
"InsyaAllah, Kita pasti berjaya! " Mungkin itu yang diungkapkan oleh Mejar Anuar kepada jentera beliau.

Antara sebilangan kecil jentera pilihanraya Mejar Anuar.
Masing-masing tekun dan cuba memahami apa yang diutarakan oleh ketua jentera.
Antara tulang belakang Mejar Anuar.
Ini merupakan sebahagian lagi jentera kempen beliau. Ternyata anda semua BERANI!



Kepada semua petugas jentera kempen calon N25 DUN Bukit Selambau. Anda semua telah melakukan yang terbaik . Selamat Selambau mengucapkan jutaan tahniah diatas keberanian serta ketabahan anda semua dalam mengharungi tempoh berkempen yang amat tegang pada kali ini. 

Sunday, April 5, 2009

KEMPEN MEJAR ANUAR TERUS DIPERGIATKAN!

Aktiviti kempen bertemu sendiri dengan penduduk dan para pengundi di segenap pelusok tempat di Bukit Selambau menjadi rutin kempen Mejar Anuar setiap masa. Ia lebih meyakinkan rakyat serta pengundi DUN Bukit Selambau terhadap semangat dan perjuangan Mejar.


Berikut dipaparkan beberapa gambar kempen Mejar Anuar dan jentera di Kampung Pinang. UNDILAH MEJAR ANUAR !





Gambar Ehsan Shaua Fui dari MerdekaReview! Terima Kasih!
.

PANGKAH DI PETAK INI PADA 07 APRIL 2009 (Sila Lihat Contoh)

Assalamualaikum & Salam Hormat Para Pengundi DUN Bukit Selambau,

Kepada anda para pengundi DUN Bukit Selambau, pada 07 April 2009 (SELASA), anda akan menjalankan tanggungjawab anda memilih Wakil Rakyat DUN Bukit Selambau.

Kami di blog UndiMejarAnuar.blogspot.com memohon dan merayu semoga anda memangkah CALON BARIS BAWAH SEKALI , DI PETAK TENGAH.

MUDAH SAJA UNTUK INGAT!

CALON BARIS BAWAH SEKALI , DI PETAK TENGAH.
LAMBANG TELEFON!

MEJAR ANUAR BIN ABDUL HAMID (B)

InsyaAllah kita semua Selamatttt !

UNDILAH MEJAR ANUAR demi kebaikan seluruh penduduk DUN Bukit Selambau. Sila lihat "CONTOH KERTAS UNDI" di bawah,

Jangan PANGKAH CALON/PETAK LAIN, ya?! ... Terima Kasih.

.

Saturday, April 4, 2009

Temuramah Mejar Anuar dengan MStar Online (Siaran Media Ahad - 05-April-2009)

MStar Online hari ini menyiarkan Temuramah dengan MEJAR ANUAR di laman web rasmi mereka ;
http://mstar.com.my/pilihanrayakecil/cerita.asp?file=/2009/4/5/mstar_pilihanrayakecil/20090404203051&sec=mstar_pilihanrayakecil

CALON BEBAS Anuar Abd Hamid keluar Umno ikut jejak Tun Dr Mahathir... (MStar Online)

SUNGAI PETANI: Nama Mejar (B) Anuar Abd Hamid mungkin tidak asing di kalangan ahli-ahli Umno di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau kerana beliau aktif dalam Umno sejak tahun 1990 sebelum mengambil keputusan keluar daripada Umno pada 19 Mei tahun lalu mengikut jejak langkah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas Ketua Umno Cawangan Jalan Badlishah sebelum ini pernah menyatakan beliau berhasrat menyertai semula Umno jika menang kerusi DUN ini memandangkan senario politik dalam Umno kini telah berubah selepas berlakunya peralihan kuasa.

mStar Onlineberpeluang menemuramah Anuar di pusat operasi beliau di Taman Peruda di sini.

mStar: Bagaimana timbul hasrat untuk bertanding?

Anuar: Apabila ADUN Bukit Selambau, V Arumugam meletak jawatan, Umno Merbok mahukan kerusi ini semula kerana kerusi ini sememangnya milik Umno sebelum diberikan kepada MIC.
Tujuan saya mahu bertanding adalah untuk mengembalikan kerusi ini kepada wakil rakyat Melayu dan sebab itu, saya bertanding atas tiket Bebas. Itu matlamat saya.

mStar:Bagaimana sambutan kempen yang anda jalankan setakat ini?

Anuar: Kempen setakat ini amat baik tetapi dalam skala yang lebih kecil. Selepas penamaan calon, kita teruskan memulakan kempen dan mensasarkan kawasan taman-taman perumahan dan kampung-kampung.

Setakat ini, maklum balas yang diterima sangat baik. Kita edarkan risalah kepada hampir 11,000 pengundi di kawasan ini melalui jentera saya yang berjumlah 30 orang.
Saya juga mencetak 250 banner untuk digantung di jalan-jalan.

mStar: Adakah anda mengadakan ceramah sebagai sebahagian cara berkempen?

Anuar: Tidak. Saya pergi rumah ke rumah dan melakukan perbincangan dalam kumpulan lima hingga enam orang.

Mereka dapat menerima dengan baik. Cuma saya akui agak penat sedikit kerana apabila masuk ke kawasan kampung, kita terpaksa berjalan kaki.

mStar: Bagaimana anda melihat saingan daripada lima calon Melayu yang lain?

Anuar: Kebanyakan calon Melayu yang lain merupakan orang luar sedangkan saya dilahirkan di sini dan kenal ramai penduduk di sini. Saya tidak kenal calon-calon ini. Pada hari penamaan calon tempoh hari, barulah saya bertemu mereka.

Ini bermakna mereka tidak mempunyai latar belakang politik kerana saya bergiat dalam politik hampir 20 tahun sebaik sahaja saya bersara daripada tentera pada tahun 1990.

Selain itu, saya juga aktif dalam aktiviti sosial termasuk di dalam dan luar negara. Semua orang boleh mendapatkan maklumat ini di blog saya (http://undimejaranuar.blogspot.com/)

mStar: Boleh anda beri komen mengenai tindakan anda mengikut jejak langkah Tun Dr Mahathir Mohamad keluar daripada Umno tahun lalu?

Anuar: Saya tinggalkan Umno pada 19 Mei 2008 semasa Tun mengumumkannya di Alor Star. Pada masa itu, ramai ahli cawangan saya yang mahu turut sama keluar tetapi saya tidak benarkan.

Senario sekarang sudah berubah. Masa saya mendaftar sebagai calon, saya tidak tahu yang bila Tun mahu kembali menyertai Umno. Saya sudahkan menggerakkan jentera saya dan juga mempunyai penyokong yang ramai.

Saya putuskan untuk terus bertanding kerana sebagai seorang bekas pegawai tentera, saya tidak akan lari daripada perjuangan kerana itu hanya menunjukkan kita mementingkan diri. Orang tidak akan hormat tindakan seperti itu.

Tun telah membuat keputusan untuk menyertai Umno semula dan itu keputusan beliau yang saya hormati.

mStar: Bagaimana dengan kenyataan anda sebelum ini yang menyatakan anda akan kembali menyertai Umno jika memenangi kerusi pilihan raya kecil ini?

Anuar: Kemungkinan saya akan menyertai Umno semula. Tetapi jika ditawarkan, saya akan kekal sebagai wakil rakyat Bebas pada masa itu sementara melihat senario politik semasa yang sedang berlaku.

Jika tidak menang, ia terpulang kepada Umno sama ada mahu menerima saya kembali atau tidak.

Mengikut perlembagaan Umno, sesiapa yang bertanding menentang Barisan Nasional (BN) ketika beliau masih ahli Umno, maka keahliannya gugur secara automatik. Bagaimanapun, saya bukan ahli Umno dan saya keluar secara sukarela, bukan digantung atau dipecat.

Saya tidak kisah kalau calon Melayu lain menang tetapi apa yang saya agak terkilan, mereka bukan dari isni, mereka orang luar.

mStar: Bagaimana anda melihat keupayaan calon-calon Bebas lain?

Anuar: Setakat ini, calon Melayu yang bersaing hebat dengan saya adalah Husaini Yaacob. Di kalangan calon India, L Sarala dilihat memberikan saingan yang cukup sengit.

Jangan pandang rendah calon-calon Bebas ini kerana dalam situasi ini, kita cukup susah untuk membaca sokongan yang diperolehi setiap calon.

Siapa boleh baca dalam 15 orang ini? Saya tidak boleh baca. Saya adalah bekas pegawai risikan tentera Kedah dan Perlis dan saya biasa membuat analisis. Tetapi pada kali ini, memang sukar untuk membacanya.

mStar: Apa yang anda sampaikan kepada pengundi ketika berkempen?

Anuar: Saya tekankan bahawa kita perlu kembalikan kerusi ini kepada wakil rakyat Melayu. Sudah sampai masanya, kita ambil semula kerusi ini kerana banyak pengundi Melayu di sini dan pertumbuhan pengundi Melayu juga meningkat.

Bagaimanapun, saya tetap mementingkan perkhidmatan yang terbaik kepada semua kaum termasuklah Cina dan India.

mStar: Bagaimana dengan tahap keyakinan anda untuk menang?

Anuar:Saya yakin akan beroleh kemenangan. Dalam keadaan sekarang, saya nampak saingan yang hebat daripada PKR dan BN. Saya percaya, undi daripada kaum India akan pecah besar.
Saya harap pengundi Melayu PAS akan mengundi saya kerana saya mempunyai hubungan yang baik dengan mereka.

SIARAN MEDIA : Ahad April 5, 2009
Oleh ZANARIAH ABD MUTALIB (MStar Online)

UNDILAH MEJAR ANUAR !

BILIK GERAKAN MEJAR ANUAR

Kepada penduduk DUN Bukit Selambau yang berhasrat untuk sama-sama membantu mahupun menemui Mejar Anuar untuk beramah mesra dan bersuai kenal, silalah ke Bilik Gerakan Mejar Anuar yang beralamat ;

NO.4 , LORONG 3,
TAMAN PERUDA,
SG.PETANI, KEDAH.
(Lokasi Sebelah IKM - Jalan ke Kelab Cinta Sayang)

Pemandangan Siang

Pemandangan Malam / Lewat Pagi

Waktu beroperasi dari siang hari sehingga lewat pagi. Kehadiran anda dipersilakan dan amat dialu-alukan!
.

Mejar Terus Berkempen "personal touch" pengundi ! Syabas !

Mejar Anuar dan jenteranya terus melipat gandakan aktiviti berkempen dengan bertemu terus dengan para panduduk dan pengundi DUN Bukit Selambau serta meyakinkan semua bahawa beliau pasti akan memberi perkhidmatan TERBAIK dan memenuhi aspirasi segenap lapisan masyarakat DUN Bukit Selambau.

Tak rugi mengundi Mejar Anuar kerana beliau seorang anak tempatan yang amat disenangi semua orang , kawan mahupun lawan. Beliau mudah didekati dan mudah memberi bantuan serta pertolongan sedaya upayanya. Sifat berani tapi mesra beliau dapat menjamin keharmonian penduduk DUN Bukit Selambau.

Percayalah, SUNGGUH TEPAT PILIHAN ANDA JIKA MENGUNDI CALON BEBAS SIMBOL TELEFON! Anda akan rasa cukup bertuah mempunyai seorang wakil rakyat yang sebegini disenangi serta berprinsip.

Mejar Menemui Segenap Lapisan Penduduk semasa berkempen, walaupun saudara kita ini (di atas Motor) merupakan seorang penyokong tegar sebuah parti, Mejar tetap menemui dan berbual mesra dengan beliau.

Lawatan Mejar menemui pesakit yang terlantar di rumah dan Mejar memberikan harapan baik kepada penduduk untuk memudahkan sebarang urusan yang berkaitan dengan kesihatan dan kesejahteraan semua.

Bukan setakat masyarakat setempat sahaja yang senang dengan Mejar, bahkan para wartawan dan wakil media juga merasai kemesraan Mejar Anuar yang pastinya dapat menambat hati seluruh rakyat di kawasan DUN Bukit Selambau. Kelihatan pemberita NTV7 sedang menemuramah Mejar Anuar (Gambar Atas) dan (Gambar Bawah) pengacara RTM juga sedang menemuramah Mejar Anuar (Pada hari penamaan calon lalu). MESRA DENGAN SEMUA ORANG ! MESRA MEDIA ! Itulah sikap Mejar Anuar yang paling penduduk suka!


TERUSKAN MEMBERI SOKONGAN DAN UNDI ANDA KEPADA MEJAR ANUAR ! CALON BEBAS SIMBOL TELEFON!
.

Friday, April 3, 2009

Aktiviti Kempen Mejar Berterusan

Aktiviti Hari Ini (03 April 2009)

08:00 Pagi : Berjumpa pengundi di gerai makan dan minuman Taman Pahlawan
10:00 Pagi : Dikampung Pinang Luar serta Kampung Pinang Dalam serta lawatan orang sakit.
12:00 Tgh/Hari: Bersama pengundi di Kampung Sebelas dan seterusnya sembahyang Jumaat bersama-sama jemaah di Masjid Sungai Lalang.
08:00 Malam : Debriefing

Kepada semua penduduk dikawasan Bukit Selambau. Sokongan anda semua amat-amat Mejar Anuar hargai. Beliau akan pastikan semua pengundi beliau tidak diabaikan. Pastikan UNDI ANDA UNTUK MEJAR ANUAR!

UNDILAH MEJAR ANUAR !

UNDILAH CALON SIMBOL TELEFON!

Demi kebaikan seluruh Rakyat DUN Bukit Selambau!

SILA CETAK RISALAH INI

Kepada pengundi-pengundi & para pelayar blog ini, sama-samalah kita membantu Mejar Anuar dalam menyebarkan maklumat mengenai Mejar Anuar seperti risalah di bawah;


JUTAAN TERIMA KASIH !

Thursday, April 2, 2009

Aktiviti Kempen Mejar Dilipat Gandakan !!

Lagi Aktiviti jentera kempen Mejar Anuar yang Selamat Selambau boleh kongsikan dengan para pelayar Blog

(02 April 2009) ;

1. Awal Pagi, Tengahari & Petang : bertemu pengundi dan penduduk kawasan di lokasi Kampung Pantai Cicar, Lubuk Kawah, Tanah Lichin, Kampung Jerong, Pekan Bukit Selambau dan kawasan sekitar.
SAMBUTAN AMAT BAIK DAN MEMBERANGSANGKAN ! Tahniah & Terima Kasih pada seluruh penduduk!
2. Tengahari : Temuramah dengan Wartawan S.Mohan NTV7
3. Malam : bertemu pengundi dan penduduk kawasan di Pasar Malam Pekan Bukit Selambau
4. 10 Malam: Debriefing.

Esok 03-April-2009 .... 4 Days to go!

Go MEJAR! Go BUKIT SELAMBAU voters!

UNDILAH MEJAR ANUAR !

UNDILAH CALON SIMBOL TELEFON!

Demi kebaikan seluruh Rakyat DUN Bukit Selambau!

Wednesday, April 1, 2009

Malaysiakini : Kami belanja wang sendiri...

Kami belanja wang sendiri...
Apr 2, 09 6:54am
Dipetik dari laman web Malaysiakini Online:


Beberapa agi calon bebas tampil menjelaskan bahawa mereka menggunakan perbelanjaan sendiri untuk bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Bukit Selambau pada 7 April ini.

Mereka ialah calon wanita L Sarala, Mejar (B) Anuar Abdul Hamid dan Radzi Md Lazim.

Semalam, seorang lagi calon bebas, Abdul Rahim Abu turut menafikan yang beliau ditaja untuk bertanding dalam pilihanraya kecil Bukit Selambau. Sehubungan itu, mereka menolak dakwaan bahawa calon bebas di Bukit Selambau ditaja oleh BN untuk bertanding di situ, seperti yang didakwa oleh ahli Majlis Tertinggi PKR, N Gobalakrisnan kelmarin.

Bernama memetik Sarala sebagai mencabar Gobalakrishnan mengemukakan bukti berhubung dakwaan tersebut.Sambil menyifatkan dakwaan itu sebagai tidak berasas, calon wanita itu memberitahu pemberita, mereka yang bertanding itu ikhlas untuk berkhidmat kepada masyarakat.Katanya beliau tidak meminta derma daripada mana-mana pihak sebaliknya menggunakan peruntukan sendiri untuk bertanding.

Seorang lagi calon Bebas, Mejar (B) Anuar Abdul Hamid berkata dakwaan itu adalah mengarut kerana semua calon menggunakan peruntukan sendiri.

Katanya walaupun beliau adalah bekas ketua Umno bahagian Merbok tetapi itu tidak bermakna BN menajanya.

Radzi Md Lazim, seorang lagi daripada 13 calon Bebas di kerusi itu pula berkata dakwaan Gobalakrishnan berkenaan adalah melampau dan tidak boleh diterima akal.

"Saya tidak ditaja oleh sesiapa, semua saya keluarkan dan lakukan sendiri dan saya ikhlas buat semua itu tanpa minta bantuan mana-mana pihak," katanya.

- Malaysiakini
http://www.malaysiakini.com/news/101482

===========
Kesilapan Laporan Malaysiakini : Mejar Anuar Tidak Menyebut Beliau Adalah Bekas Ketua UMNO Bahagian Merbok, beliau hanya menyebut beliau bekas AJK UMNO Merbok & bekas Ketua Cawangan UMNO Jalan Badlishah. - Harap Maklum.
============

Mohon pembaca/pelayar blog yang sudi membantu, bolehlah cetak maklumat-maklumat di blog ini dan ulang-photostat untuk edaran kepada pengundi-pengundi di DUN Bukit Selambau.
UNDILAH MEJAR (B) ANUAR. INGAT LOGO TELEFON
Bantuan , Pertolongan serta Sokongan Anda amatlah dihargai!

Belum ada calon Bukit Selambau tarik diri - SPR Kedah

SUNGAI PETANI: Setakat ini tiada daripada 15 calon yang akan bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau pada Selasa ini yang menarik diri, kata Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Kedah Zainal Abidin Zakaria.

"Setakat ini tiada lagi calon yang menarik diri," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata mana-mana calon yang berhasrat untuk menarik diri boleh berbuat demikian sehingga pukul 12 tengah malam ini.
Zainal Abidin menjelaskan tempoh calon untuk menarik diri daripada bertanding dibuka sebaik berakhirnya proses penamaan calon pada Ahad lepas dan tamat tiga hari kemudian sebelum kertas pencalonan dicetak.

Sebanyak 13 daripada 15 calon yang bertanding adalah calon Bebas manakala calon Barisan Nasional (BN) diwakili Datuk S.Ganesan dan PKR meletakkan muka baru S. Manikumar.
Calon-calon bebas ialah R.Loganathan, Tan Hock Huat, Radzi Md Lazim, Mohd Fadzil Abdul Wahab, Abdul Rahim Abu, L.Sarala, A.Jayagopal, S.Moganakumar, Khamis Awang, Husaini Yaacob, M. Vanesan, Mejar (B) Anuar Abd Hamid dan T. Chandrarajan. - BERNAMA

Dipetik dari : (MStar Online) Rabu April 1, 2009

Aktiviti Kempen Mejar terus ligat!

Sedikit Lagi Aktiviti jentera kempen Mejar Anuar yang Selamat Selambau boleh kongsikan dengan para pelayar Blog

(01 April 2009) ;
1. Awal Pagi : bertemu pengundi dan penduduk kawasan di lokasi Pasar Taman Sg.Lalang, pertemuan juga dilakukan di gerai makan dan seluruh kawasan sekitar.
2. 12.30 Tghari : bertemu pengundi dan penduduk sekitar di Hospital Sungai Petani.
3. 8.00 Malam : bertemu pengundi dan penduduk sekitar di Pasar Malam Taman Sg.Lalang.
4. 10.00 Malam : Mejar ditemuramah wartawan Kwang Ming di Bilik Gerakan Mejar Anuar.
5. Selepas temuramah : Debriefing.

Esok 02-April-2009 .... 5 Days to go! Go MEJAR! Go BUKIT SELAMBAU voters!

UNDILAH MEJAR ANUAR !
UNDILAH CALON NO.14 !
UNDILAH CALON LAMBANG TELEFON!

Demi kebaikan seluruh Rakyat DUN Bukit Selambau!

FITNAH YANG NYATA!

Selamat Selambau menerima banyak respon dari pembaca dan pelayar yang meragui kesahihan ARTIKEL FITNAH YANG DISIARKAN OLEH BLOG PAHANG DAILY & BLOG HIJAT (Alamat URL Di Bawah);


http://pahangdaily.blogspot.com/2009/03/bukit-selambau-3.html


Mereka menyiarkan artikel FITNAH yang mengatakan SAH Mejar Anuar Adalah Calon Bebas Tajaan UMNO/BN kerana kononnya Mejar Anuar memegang jawatan Ketua Cawangan UMNO dan AJK UMNO Merbok!??! ............... INI MERUPAKAN SATU FITNAH YANG NYATA!

Hakikatnya Mejar Anuar bertanding atas tiket BEBAS tanpa dibiayai atau dipengaruhi atau ditaja atau diminta atau dipaksa atau lain-lain lagi oleh mana-mana pihak khususnya UMNO atau BN! Beliau menggunakan wang beliau sendiri tanpa dipengaruhi oleh parti mahupun orang perseorangan yang lain. Ini adalah perjuangan Mejar Anuar sendiri demi Agamanya, Bangsanya dan Negaranya!

Mejar Anuar telah dilucutkan semua jawatan beliau dalam UMNO sejak Mei2008 yang lalu setelah menjadi antara orang Pertama mengikut Tun Dr.Mahathir KELUAR UMNO di Hotel Star City, Alor Star. Aku ada bersama-sama beliau pada ketika itu.

Pada masa itu, Malaysiakini Online juga telah menyiarkan berita Tun keluar UMNO dan ditutup cawangan Jalan Badlishah yang diketuai Mejar Anuar pada waktu itu. (Sila Rujuk - Aku ada letak link Malaysiakini, HarakahDaily & StarOnline di sebelah kanan blog ini ) [Lihat Ruangan "Banyak Lagi Mengenai Mejar Anuar"]

UMNO Bahagian Merbok sudah tiada hubungan langsung secara rasmi mahupun tidak rasmi dengan Mejar Anuar. Boleh rujuk Tajul (Ketua UMNO Merbok) sendiri sebagai pengesahan bahawa Mejar Anuar kini merupakan seolah-olah "musuh politik" yang tidak sealiran parti beliau.

Sila tunjukkan bukti anda wahai BlogMaster Bloghijat sebelum laporan polis dibuat terhadap anda & Blog Pahang Daily yang menyiarkan Mejar Anuar adalah calon tajaan mana-mana pihak khususnya UMNO/BN.

Untuk pengetahuan semua pembaca, penulis bloghijat & Pahang Daily adalah PEMFITNAH paling besar! Anda wajib mengelakkan dari terus menerima bulat-bulat kenyataan dari blog ini kerana penulisnya menulis hanya ikut rentak jari, tapi tiada bukti!

Aku sebagai sahabat baik Mejar Anuar, meminta WebMaster kedua-dua blog ini (dan jika ada blog lain yang menyiarkan artikel serupa) agar menarik balik artikel ini serta merta dan membuat PERMOHONAN MAAF KEPADA MEJAR ANUAR di atas penipuan yang dinyatakan.

Jadi, aku menyeru semua pelayar blog ini, kalau nak mempercayai blog, mesti selidik dahulu, kerana blogger sekarang lebih banyak yang menipu (seperti penulis dua blog ini)!.

Ikhlas Daripada : Selamat Selambau
======================


NOTA ARAHAN :
-----------------
BLOGMASTER PAHANG DAILY & BLOGHIJAT : SILA TARIK BALIK & WUJUDKAN SATU ARTIKEL PERMOHONAN MAAF SEGERA KEPADA MEJAR ANUAR (SECARA TERBUKA DI MUKA DEPAN BLOG ANDA & MUKA KEDUA AKHBAR RASMI PEMBANGKANG - Suara Keamanan & Hujah!) - Jika tidak, laporan polis akan dibuat terhadap anda blogger BlogHijat & Blogger Pahang Daily sebagai PEMFITNAH YANG NYATA!

(Silap-Silap Haribulan, SAMAN MALU akan turut menyusul!)