Saturday, April 4, 2009

Mejar Terus Berkempen "personal touch" pengundi ! Syabas !

Mejar Anuar dan jenteranya terus melipat gandakan aktiviti berkempen dengan bertemu terus dengan para panduduk dan pengundi DUN Bukit Selambau serta meyakinkan semua bahawa beliau pasti akan memberi perkhidmatan TERBAIK dan memenuhi aspirasi segenap lapisan masyarakat DUN Bukit Selambau.

Tak rugi mengundi Mejar Anuar kerana beliau seorang anak tempatan yang amat disenangi semua orang , kawan mahupun lawan. Beliau mudah didekati dan mudah memberi bantuan serta pertolongan sedaya upayanya. Sifat berani tapi mesra beliau dapat menjamin keharmonian penduduk DUN Bukit Selambau.

Percayalah, SUNGGUH TEPAT PILIHAN ANDA JIKA MENGUNDI CALON BEBAS SIMBOL TELEFON! Anda akan rasa cukup bertuah mempunyai seorang wakil rakyat yang sebegini disenangi serta berprinsip.

Mejar Menemui Segenap Lapisan Penduduk semasa berkempen, walaupun saudara kita ini (di atas Motor) merupakan seorang penyokong tegar sebuah parti, Mejar tetap menemui dan berbual mesra dengan beliau.

Lawatan Mejar menemui pesakit yang terlantar di rumah dan Mejar memberikan harapan baik kepada penduduk untuk memudahkan sebarang urusan yang berkaitan dengan kesihatan dan kesejahteraan semua.

Bukan setakat masyarakat setempat sahaja yang senang dengan Mejar, bahkan para wartawan dan wakil media juga merasai kemesraan Mejar Anuar yang pastinya dapat menambat hati seluruh rakyat di kawasan DUN Bukit Selambau. Kelihatan pemberita NTV7 sedang menemuramah Mejar Anuar (Gambar Atas) dan (Gambar Bawah) pengacara RTM juga sedang menemuramah Mejar Anuar (Pada hari penamaan calon lalu). MESRA DENGAN SEMUA ORANG ! MESRA MEDIA ! Itulah sikap Mejar Anuar yang paling penduduk suka!


TERUSKAN MEMBERI SOKONGAN DAN UNDI ANDA KEPADA MEJAR ANUAR ! CALON BEBAS SIMBOL TELEFON!
.

No comments: