Wednesday, April 1, 2009

FITNAH YANG NYATA!

Selamat Selambau menerima banyak respon dari pembaca dan pelayar yang meragui kesahihan ARTIKEL FITNAH YANG DISIARKAN OLEH BLOG PAHANG DAILY & BLOG HIJAT (Alamat URL Di Bawah);


http://pahangdaily.blogspot.com/2009/03/bukit-selambau-3.html


Mereka menyiarkan artikel FITNAH yang mengatakan SAH Mejar Anuar Adalah Calon Bebas Tajaan UMNO/BN kerana kononnya Mejar Anuar memegang jawatan Ketua Cawangan UMNO dan AJK UMNO Merbok!??! ............... INI MERUPAKAN SATU FITNAH YANG NYATA!

Hakikatnya Mejar Anuar bertanding atas tiket BEBAS tanpa dibiayai atau dipengaruhi atau ditaja atau diminta atau dipaksa atau lain-lain lagi oleh mana-mana pihak khususnya UMNO atau BN! Beliau menggunakan wang beliau sendiri tanpa dipengaruhi oleh parti mahupun orang perseorangan yang lain. Ini adalah perjuangan Mejar Anuar sendiri demi Agamanya, Bangsanya dan Negaranya!

Mejar Anuar telah dilucutkan semua jawatan beliau dalam UMNO sejak Mei2008 yang lalu setelah menjadi antara orang Pertama mengikut Tun Dr.Mahathir KELUAR UMNO di Hotel Star City, Alor Star. Aku ada bersama-sama beliau pada ketika itu.

Pada masa itu, Malaysiakini Online juga telah menyiarkan berita Tun keluar UMNO dan ditutup cawangan Jalan Badlishah yang diketuai Mejar Anuar pada waktu itu. (Sila Rujuk - Aku ada letak link Malaysiakini, HarakahDaily & StarOnline di sebelah kanan blog ini ) [Lihat Ruangan "Banyak Lagi Mengenai Mejar Anuar"]

UMNO Bahagian Merbok sudah tiada hubungan langsung secara rasmi mahupun tidak rasmi dengan Mejar Anuar. Boleh rujuk Tajul (Ketua UMNO Merbok) sendiri sebagai pengesahan bahawa Mejar Anuar kini merupakan seolah-olah "musuh politik" yang tidak sealiran parti beliau.

Sila tunjukkan bukti anda wahai BlogMaster Bloghijat sebelum laporan polis dibuat terhadap anda & Blog Pahang Daily yang menyiarkan Mejar Anuar adalah calon tajaan mana-mana pihak khususnya UMNO/BN.

Untuk pengetahuan semua pembaca, penulis bloghijat & Pahang Daily adalah PEMFITNAH paling besar! Anda wajib mengelakkan dari terus menerima bulat-bulat kenyataan dari blog ini kerana penulisnya menulis hanya ikut rentak jari, tapi tiada bukti!

Aku sebagai sahabat baik Mejar Anuar, meminta WebMaster kedua-dua blog ini (dan jika ada blog lain yang menyiarkan artikel serupa) agar menarik balik artikel ini serta merta dan membuat PERMOHONAN MAAF KEPADA MEJAR ANUAR di atas penipuan yang dinyatakan.

Jadi, aku menyeru semua pelayar blog ini, kalau nak mempercayai blog, mesti selidik dahulu, kerana blogger sekarang lebih banyak yang menipu (seperti penulis dua blog ini)!.

Ikhlas Daripada : Selamat Selambau
======================


NOTA ARAHAN :
-----------------
BLOGMASTER PAHANG DAILY & BLOGHIJAT : SILA TARIK BALIK & WUJUDKAN SATU ARTIKEL PERMOHONAN MAAF SEGERA KEPADA MEJAR ANUAR (SECARA TERBUKA DI MUKA DEPAN BLOG ANDA & MUKA KEDUA AKHBAR RASMI PEMBANGKANG - Suara Keamanan & Hujah!) - Jika tidak, laporan polis akan dibuat terhadap anda blogger BlogHijat & Blogger Pahang Daily sebagai PEMFITNAH YANG NYATA!

(Silap-Silap Haribulan, SAMAN MALU akan turut menyusul!)

8 comments:

Anonymous said...

depa nih apa kejadahnya dok buat fitnah nihh? nak bagi undi sokong hindraf kot???

penyokong Blogger said...

tapi jam randik tu cam cilok kat bloghijat saja...apa cerita?

Selamat Selambau said...

Penyokong Blogger,

jam randik apa pulak? tak de cilok2 punya la ... tak main la cilok2 dari laman blog PEMFITNAH! ... adios.

Anonymous said...

senang aja, depa tu dok kat pahang,mana tau cerita hal kita.main hentam koromo saja.cakap kat depa,jaga kain depa dulu sebelum tgk kain kita.Saman saja Mejar kat depa.ajar sikit.aku sokong seandainya mejar dan rakan2 buat repot n saman.Kita buat selepas pilihanraya ni..

pisau said...

depa suka kain bundle tu..pasal tu la tau balun jer haha..

untuk mejar.. selamat bertanding.

jamilisa said...

Selamat berjaya, Tuan.

kawan lama.
www.mykmu.net

Anonymous said...

Aha....

mej dpt kata2 semangat dari jamilisa. Ya, sahabat dari mykmu. Semogas semangat mej bertambah dan harap ramai lagi sahabat2 singgah utk memberi perangsang kpd mej anuardlm mengharungi cabaran sepanjang tempoh berkempen ini dan insyaAllah sebagai wakil rakyat bkt selambau. Allah Maha Melihat.

*detguaq*

Anonymous said...

Jangan biarkan Peristiwa Taman Keladi berulang lagi.

Hanya calon Melayu yang berani dan bersuara lantang saja yang dapat membawa suara akar umbi masyarakat DUN Bukit Selambau untuk mengekang pengaruh HINDRAF di kawasan tersebut.