Tuesday, March 31, 2009

Mejar Anuar - di Labenon



Labenon adalah negara yang baru saja pulih dari kancah peperangan saudara. Sehingga kini pun negara tersebut masih belum stabil sepenuhnya akibat gangguan dari Isreal dan juga konflik dalaman. Rakyatnya masih lagi ramai yang menderita akibat konflik tersebut serta bencana yang diturunkan Allah SWT ke atas mereka. Kita patut bersyukur kerana berada di bumi bertuah ini. Marilah kita kekalkan keadaan ini.

Mejar (B) Anuar seorang memperjuangkan apa yang termaktub di dalam Perlembagaan. Agama, Bangsa dan Negara menjadi keutamaan. Pengalaman beliau semasa misi sukarelawan mengajar beliau erti keamanan. Jadi dalam keadaan politik pribumi yang digoncang sekarang ini, beliau berazam untuk mengembalikan kekuatan yang dimiliki sepenuhnya oleh pribumi satu masa dahulu.

Undilah beliau, calon bebas bernombor 14, membawa lambang TELEFON

Lagi Gambar-Gambar Mejar Anuar di Hari Penamaan Calon

Sahabat-Sahabat Mejar Anuar kini bertungkus lumus membantu Mejar Anuar dalam kempen beliau serta memperkenalkan Mejar Anuar kepada pengundi dan penduduk DUN Bukit Selambau.

Bantuan dan pertolongan diberi dalam pelbagai cara. Ada yang menyumbangkan tenaga untuk berkempen terbuka, ada yang berkempen senyap, ada yang bercerita dari rakan ke rakan di mana-mana perjumpaan, sama ada di kedai mamak sehinggalah ke ruang tamu rumah. Ada juga yang menyumbangkan dari segi kemahiran. Antaranya Saudara TongKai Ang yang sudi menghantar gambar-gambar Mejar Anuar ke Email SelamatSelambau@gmail.com . Amat-amat dihargai segala jasa dan sumbangan ikhlas saudara TongKai Ang!

Berikut adalah gambar-gambar Mejar Anuar pada hari Penamaan Calon Pilihanraya Kecil N25 DUN Bukit Selambau yang berlangsung 29 MAC 2009 di Sekolah Menengah Teknik II Sungai Petani.

Mejar Anuar sedang menyerahkan borang pencalonan.

Mejar Anuar sedang memilih lambang dan nombor calon

Dapat nombor 14 yang bertuah ! InsyaAllah !

Bersalaman dengan calon lain yang bertanding

Bergambar beramai-ramai dengan semua calon bertanding

===========================

Terima Kasih Saudara TongKai Ang kerana gambar-gambar yang penuh bermakna ini!
===========================

Mohon pembaca yang ingin membantu, bolehlah cetak maklumat-maklumat di blog ini dan photostat untuk edaran kepada pengundi-pengundi di DUN Bukit Selambau.
UNDILAH MEJAR (B) ANUAR. INGAT LOGO TELEFON

TSUNAMI di KEDAH

Sebahagian dari gambar-gambar beliau se waktu tsunami di Kuala Muda, Kedah. Pemimpin berjiwa rakyat. Bersedia berkhidmat untuk masyarakat.
Kerja-kerja amal yang dilakukan oleh Mejar sewaktu kejadian Tsunami di Kedah. Beliau tidak ketinggalan membantu mangsa-mangsa tsunami tanpa mengira masa. Turun sehingga ke akar umbi untuk membantu. Jika tidak percaya silalah TELEFON beliau dan tanya sendiri. Tetapi bila sudah TELEFON dan dapat jawapan dari Mejar Sendiri, jangan lupa untuk UNDI Mejar yang menggunakan lambang TELEFON. Ingat TELEFON dan sebarkan kepada rakan dan taulan. Beliau berjuang untuk bangsa, agama dan negara.

Monday, March 30, 2009

Aktiviti Kempen Mejar Anuar Semakin Aktif !

Selamat Selambau menerima berita terkini dari Jentera Kempen Mejar Anuar. Dimaklumkan setiap hari sebermula awal pagi selepas subuh, sehingga lewat tengah malam aktiviti berkempen dan mengedarkan Poster / Risalah Pengenalan Calon, serta pertemuan secara bersemuka Mejar Anuar dengan pengundi di Bukit Selambau semakin rancak dilakukan.

Bilik Gerakan Mejar Anuar juga telah dibuka sejak beberapa hari yang lalu dan merupakan markas operasi kempen. Bagi seluruh warga Bukit Selambau yang berminat dan ada kesempatan untuk melawat Bilik Gerakan Mejar Anuar, silalah kunjungi BILIK GERAKAN MEJAR ANUAR di ;

NO.4 , LORONG 3,
TAMAN PERUDA,
SG.PETANI, KEDAH.
(Lokasi Sebelah IKM - Jalan ke Kelab Cinta Sayang)

Kita bersama-sama membantu Mejar Anuar!
Sedikit Jadual yang Selamat Selambau boleh kongsikan dengan para pelayar Blog
(30 Mac 2009) ;
1. Pagi : bertemu pengundi dan penduduk kawasan di lokasi Pasar Taman Ria dan seluruh kawasan sekitar.
2. 5.30 Petang : bertemu pengundi dan penduduk sekitar di tapak pasar malam Taman Bandar Baru, Sg. Lalang.
3. Malam : Debriefing.

(31 Mac 2009) ;
1. Pagi : bertemu pengundi dan penduduk kawasan di lokasi Pasar Taman Ria Jaya dan penghuni rumah pangsa Paya Nahu;
2. 6 Petang : bertemu pengundi dan penduduk sekitar di tapak pasar malam Taman Ria Jaya.
3. Malam : Debriefing.

Aktiviti berterusan sepanjang masa di Bilik Gerakan dan melawat para penduduk dan pengundi di sekitar kawasan Bukit Selambau.

DARI EMAIL PEMBACA : Satu Cerita Menarik Tentang Mejar Anuar.



Ini ada lagi pandangan yang Selamat Selambau terima dari Email Pembaca Blog UndiMejarAnuar.blogspot.com (yang dihantar ke
SelamatSelambau@gmail.com) ! Terima kasih di atas sokongan anda Saudara Ismail dan semua pembaca lain (khasnya pembaca dari masyarakat Bukit Selambau)

UNDILAH MEJAR ANUAR!... Pakat PANGKAH lambang TELEFON! ...
========================

Saya kenal Mejar Anuar sejak di bangku Sekolah lagi. Semasa itu saya di Sekolah Menengah Ibrahim, Sungai Patani.

Dia amat aktif dalam pasukan Kadet. Sejak dibangku sekolah beliau sudah mempunyai semagat untuk menjadi tentera untuk berbakti kepada negara.

Selepas tingkatan 5 beliau meneruskan keinginan beliau untuk menjadi seorang yang sedia berkorban nyawa untuk negara dengan memasukki Maktab Angkatan Tentera, Sungai Besi.

Saya masih ingat tentang satu ketika dimana beliau ditembak di medan hadapan semasa beliau menjadi "riki" atau "Pengintip".

Belia ditembak oleh pengkhianat negara dan hampir mati. Alhamdulillah belia selamat dan parut dibadan masih ada untuk menjadi bukti.

Beliau juga amat gigih didalam angkatan tentera. Bermula sebagai riki hingga ke pangkat Mejor.

Tugas beliau bukan sehaja di negara Malaysia malah ke mana sahaja negara yang menghadapi kucar kacir separti diKongo, Sudan dan Pakistan.

Bagi saya orang saperti Mejor Anuar patut dinobat sebangai Permata Negara. Rela mengadai nyawa untuk negara Malaysia.

Dalam Politik Mejor amat setia kepada UMNO terutama atas kepimpinan UMNO nombor satu. Dalam darah daging beliau tiada lain melainkan hak orang melayu yang masa kini digoncang oleh pihak2 tertentu yang durhaka terhadap tata susila orang Melayu dan Raja2.

Bagi Mejor Anuar, orang yang paling beliau hormati adalah Tun Dr Mahazir Mohamad. Selaku saorang yang bejiwa kebangsaan beliau tetap akan memperjuang negara demi kesejahteraan bumi Malaysia. Oleh kerna Tun Dr Mahazir keluar parti, Mejor Anuar, sebagai penyokong Dr. Mahazir nombor satu, beliau terpaksa memilih untuk bersama Tun. Saya tahu dalam darah daging beliau, UMNO masih tersemat didalam hati beliau.

Keputusan beliau untuk bertanding sebagai calun bebas adalah atas rasa tidak puas hati terhadap BN memilihan orang MIC sebagai calon. Mengapa BN terlalu tunduk terhadap MIC? Bagi saya MIC tidak patut dicalonkan kerna mereka gagal dengan teruk semasa pilihan raya yang lalu. Pihak parti tidak berkemampuan untuk membuat sesuatu yang membanggakan tentang isu "Hindraf".

Kalau kita lihat statistik, pengundi di Bukit Selambau kebanyakan nya orang Melayu. Ada kah orang berbangsa India boleh memperjuang hak orang Melayu di BS?

Sama juga parti PKR? Kalau kita perharti dengan teliti para pejuang PKR, khusus nya orang2 Melayu, mereka semuanya menjadi taksuf dan berlagak semacam mereka itu kebal. Mereka tidak sekali2 mengikut undang2 dan lupa tentang perjuangan orang Melayu. Mereka mengadai hak orang Melayu dan membiarkan bangsa asing mempergunakan mereka untuk membunuh hak orang Melayu. Adakah ini yang kita perlu sokong?

Saya merayu semua orang Melayu di Bukit Selambau agar guna pikiran anda dengan betul sebelum membuat pilihan.

Yang saya tahu Mejor Anuar adalah orang yang patut diberi undi sebagai lambang hak orang Melayu dipertahankan.

Selamat maju jaya dan saya doa kan agar Mejor Anuar berjaya........


Yang Benar

Encik Ismail
.

DARI EMAIL PEMBACA : Rakyat Bukit Selambau Bertuah kerana MEJAR ANUAR Menawarkan Diri Bertanding !




Berikut adalah pandangan yang Selamat Selambau dapat dari Email Pembaca Blog UndiMejarAnuar.blogspot.com (yang dihantar ke SelamatSelambau@gmail.com) ! Terima kasih di atas sokongan anda Saudara Zainul Abidin dan semua pembaca (dan masyarakat Bukit Selambau) UNDILAH MEJAR ANUAR!... Pakat PANGKAH lambang TELEFON! ...

=========================

Assalamualaikum & Salam Hormat!

Adalah terlalu besar rasanya hati saya dan keluarga apabila mengetahui Mejar Anuar akan bertanding pada Pilhanraya Kecil N25 Bukit Selambau kali ini. Sebab beliau amat disenangi pelbagai lapisan masyarakat di sekitar Bukit Selambau. Bahkan musuh-musuh politiknya juga sudah ramai mengakui bahawa Mejar Anuar bukanlah calang-calang orang di DUN Bukit Selambau. Nampaknya, saya dan keluarga sudah ada satu pilihan tepat untuk diundi pada 7 April 2009 nanti.

Saya menyeru kepada sekalian masyarakat pengundi DUN Bukit Selambau yang akan menjalankan tanggungjawab mengundi pada 7hb nanti, semoga mengundilah Calon Bebas Mejar Anuar Hamid (lambang TELEFON). Beliau yang saya kenali, seorang yang amat mesra dengan masyarakat setempat, seorang bekas perajurit yang berani menongkah arus demi Agamanya, Bangsanya dan Negaranya ... Dan pastinya seorang yang amat berprinsip.

Pernah satu ketika (dalam tahun-tahun lepas), saya menerima satu maklumat bahawa Mejar Anuar pernah mengeluarkan wangnya sendiri dalam membiayai persekolahan beberapa murid yang tidak berkemampuan dari sebuah keluarga kurang berada. Pernahkah kita? Usah kata orang lain, saya sendiri pun mengakui tidak pernah/jarang memberikan bantuan kepada walaupun seorang pelajar (anak bangsa) yang tidak berkemampuan, melainkan hanya akan membiayai anak sendiri/anak saudara sahaja. Ini bukan saya nak puji Mejar atau nak ampu dia, tapi inilah hakikatnya yang berlaku.

Sedangkan pada waktu Mejar membantu beberapa pelajar tersebut (tahun-tahun lepas) beliau bukannya tahu pun, bahawa April 2009 beliau akan bertanding sebagai Calon Bebas! ... Tapi, inilah yang bak kata orang tua-tua : BUDI YANG BAIK DIKENANG JUA. Walaupun perkara tersebut pernah berlaku setahun dua sebelum ini, tapi bila Mejar nak lawan sebagai calon pilihanraya kecil kali ini, saya kenang dan saya akan sebut jua kebaikan tersebut.

Ini bagi saya adalah satu sikap mulia dan berhemah tinggi yang pernah ditunjukkan oleh Mejar Anuar sebagai seorang yang kita boleh anggap PEMIMPIN MASYARAKAT. Orang macam Mejar, sekarang agak susah nak di cari di kawasan kita.

Yang banyak, hanya nak tayang muka semasa wartawan datang amik gambar, terutamanya sewaktu majlis Gotong Royong yang dianjurkan. Itu saja. Lepas majlis tu, batang hidung pun tak nampak. Orang macam tu berlambak, bersepah-sepah di Pekan SP! Mudah di cari. Tapi, kalau nak cari orang yang berbudi pekerti macam Mejar Anuar, amat-amatlah sukar pada masa ini.

Lihat saja dalam blog ini, blogmaster memaparkan khidmat masyarakat yang Mejar lalui sehingga sanggup berhabis duit sendiri untuk membantu insan malang di Pakistan, Darfur dan lain-lain ... Kalau nak dibandingkan ke limabelas-limabelas calon bertanding, dari segi khidmat kemanusiaan dan khidmat sosial, Mejar nampaknya jauh meninggalkan lain-lain calon di belakang! Ini adalah fakta. Tak percaya, boleh anda kaji sendiri. Saya sudah kaji.

Jadi, untuk kesekelian kalinya, dan untuk julung-julung kalinya, kita UNDILAH MEJAR ANUAR ABDUL HAMID ... Calon BEBAS Nombor 14 ... Lambang TELEFON.

Sebab secara peribadi bagi saya, keluarga, saudara-mara dan rakan-rakan, kami amat yakin kemampuan Mejar Anuar untuk menjadi wakil kita di Bukit Selambau April 2009 ini. Percayalah!
Ini saja pilihan yang kita ada Demi Agama, Bangsa dan Tanahair.
Rakyat Bukit Selambau Bertuah kerana MEJAR ANUAR Menawarkan Diri Bertanding !
Kita sama-sama bantu beliau untuk bantu kita semua ! ....

Saya yang benar,
.
Zainul Abidin
Penduduk Sungai Petani, Pengundi DUN Bkt Selambau
.
.

Mejar Anuar di Bam, Iran





Bayangkanlah di Negara luar, negara asing bagi beliau tetap beliau sanggup meredah untuk membantu penduduk di sana. InsyaAllah, Bukit Selambau bukanlah asing lagi bagi beliau. Pengalaman semasa misi luar negara dan pengalaman kerja dapat membantu penduduk Bukit Selambau. UNDILAH MEJAR (B) ANUAR. INGAT TELEFON YANG SENTIASA BERADA DIRUMAH DAN DALAM KOCEK ANDA.
TELEFON MENANDAKAN HUBUNGAN ERAT ANDA SEMUA. IANYA MENJADI KEPERLUAN. INGATLAH LOGO TELEFON



Mejar Anuar di Pakistan













Mungkin kita tidak pernah membayangkan bagaimana keadaan sebenar disana, tapi Mejar Anuar telah melihat dengan mata sendiri. Beginilah semangat seorang pejuang. Amat sesuailah dengan apa yang beliau perjuangkan. Mempertahankan hak-hak pribumi, mempertahankan kedaulatan raja-raja serta mendaulatkan Islam di bumi ini.

Berapa ramaikah pemimpin yang cakap mereka bagaikan guruh dilangit tetapi bila hujan, terus menghilangkan diri, menyusup menghilangkan diri?
Tapi Mejar Anuar adalah seorang yang mendokong apa yang diucapkannya. UNDI LAH BELIAU. INGAT TELEFON, INGAT BELIAU.

Bukit Selambau Jadi Tumpuan

Mejar Anuar sedang bertukar-tukar fikiran bersama calon lain yang turut bertanding di kawasan DUN Bukit Selambau.
Ini nombor saya . Mungkin itulah yang dikatakan dalam hati oleh calon Pilihan Rakyat Bukit Selambau.


Lagi berita tentang calon pilihan kita .. kelihatan Mejar Anuar sedang memilih lambang untuk diwakili oleh beliau .. INILAH PILIHAN RAKYAT BUKIT SELAMBAU.. HIDUP RAKYAT BUKIT SELAMBAU.. PASTIKAN KITA MENGUNDI LAMBANG TELEFON UNTUK MEWAKILI SUARA KITA NANTI !!
UNDILAH MEJAR ANUAR ABDUL HAMID !!

Sunday, March 29, 2009

Hubungi Terus Mejar Anuar Melalui Telefon !

Ramai pelayar blog ini yang ingin menyatakan sokongan, komen dan saranan kepada Mejar Anuar dalam menempuh perjuangan bertanding sebagai Calon Bebas Bukit Selambau, telah memujuk Selamat Selambau untuk memberikan nombor telefon Mejar Anuar.

Selamat Selambau menyatakan hasrat tersebut dan pada hari ini, MEJAR ANUAR TELAH BERSETUJU MEMBERIKAN KEBENARAN KEPADA BLOG INI UNTUK MEMAPARKAN NOMBOR TELEFON BELIAU , SUPAYA RAKYAT BUKIT SELAMBAU DAPAT MENGHUBUNGI SERTA BERINTERAKSI DENGAN BELIAU SECARA LEBIH MUDAH, CEPAT DAN TERUS.

Sila hubungi Mejar Anuar secara terus ke talian beliau di :

013-485 5304 (Mejar Anuar Abdul Hamid).

Sokong Mejar Anuar!
UNDILAH MEJAR ANUAR!
Calon Bebas No.14 Lambang TELEFON !


.

DALAM DIRI MEJAR TERSEMAT SEMANGAT TUN Dr.M

KENYATAAN RASMI MEJAR ANUAR:
(30 March 2009 : 12:00 Tghari)


Selamat Selambau menerima panggilan telefon dari Mejar Anuar pagi tadi selepas beliau menjengok laman blog ini dan terbaca mengenai Siaran Akhbar di bawah : bertajuk Tiga calon Bebas di Bukit Selambau sedia tarik diri . Kata Mejar Anuar, sebagai seorang bekas Perajurit yang berani menempuh apa saja halangan dan "beliau berani mati demi perjuangan Agama, Bangsa dan Tanahair" , sebenarnya beliau tidak pun mengeluarkan kenyataan seringkas siaran akhbar tersebut, penjelasan beliau mengenai perkara tersebut adalah ;

- beliau tidak akan menarik diri dari bertanding di N25 DUN Bukit Selambau.

- beliau akan terus bertanding di atas tiket Bebas.

- KECUALI jika beberapa syarat kemasukan semula Tun Dr.M diterima oleh UMNO.

- yakni, UMNO menerima Tun berdua, serta juga SELURUH AHLI UMNO YANG KELUAR UMNO BERSAMA-SAMA TUN MEI 2008 YANG LALU untuk masuk semula.

- jika syarat tersebut UMNO dapat pertimbangkan, maka beliau akan cuba mempertimbangkan kedudukannya sebagai Calon Bebas Bukit Selambau sama ada menarik diri atau tidak.

- jika UMNO tidak dapat memenuhi syarat tersebut, maka beliau akan terus mempertahankan kedudukannnya sebagai Calon Bebas kali ini.


- SEHINGGA BERITA INI DITULIS, PENDIRIAN MEJAR ANUAR ADALAH TETAP : TERUS BERTANDING DAN TIDAK BERHASRAT TARIK DIRI.

Semoga dengan penjelasan ini, penduduk N25 DUN Bukit Selambau akan lebih mendapat maklumat yang tepat dan rasmi dari Mejar Anuar sendiri. Sekian, terima kasih.

Selamat Selambau
-----------------------------


Siaran Akhbar Utusan Online : 29/03/2009

Tiga calon Bebas di Bukit Selambau sedia tarik diri


SUNGAI PETANI 29 Mac — Tiga calon Bebas yang telah mengesahkan diri bertanding merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau pada pilihan raya kecil 7 April ini, bersedia menarik diri atas alasan sendiri.

Mejar (B) Anuar Abd Hamid berkata beliau sedia menarik diri daripada bertanding jika bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed kembali menyertai Umno.

“Saya ikut Dr Mahathir keluar parti tahun lepas dan kalau Dr Mahathir masuk semula parti, saya sedia mempertimbangkan untuk tarik diri dari bertanding,” kata bekas anggota jawatankuasa Umno Bahagian Merbok itu yang sudah 20 tahun melibatkan diri dalam politik kepada Bernama di sini hari ini.

Dr.Mahathir mengumumkan akan kembali menyertai Umno selepas berakhirnya Persidangan Agung Umno di Kuala Lumpur semalam.

Seorang lagi calon Bebas, Khamis Awang berkata beliau sedia menarik diri bagi memberi peluang lebih besar kepada calon Bebas lain atas dasar perpaduan dengan syarat calon itu berjanji tidak menyertai mana-mana parti jika menang kelak.

Abdul Rahim Abu pula berkata beliau sedang mempertimbangkan secara serius untuk menarik diri ekoran terdapat beberapa calon Melayu bertanding atas tiket Bebas di kerusi itu kerana tidak mahu undi Melayu berpecah.

“Untuk orang Melayu, saya sedia buat apa saja. Saya sanggup bertanding dan memperjuangkan nasib orang Melayu dan saya juga sedia memberi laluan kepada orang Melayu lain. Saya tidak ada kepentingan apa-apa,” katanya.

Calon lain yang akan bertanding atas tiket Bebas ialah Husaini Yaakob, Radzi Md Lazim, Mohd Fadzil Wahab, S. Moganakumar, Venason Michael, L. Sarala, T.Chandrarajan, R. Loganathan, Tan Hock Huat dan A. Jayagopal.

Kerusi itu menyaksikan pertandingan 15 penjuru termasuk calon Barisan Nasional (BN) S. Ganesan dan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) S. Manikumar. — Bernama

DARI EMAIL PEMBACA : MEJAR ANUAR PEMBAWA KELANGSUNGAN SUARA MELAYU



Berikut adalah satu email yang Selamat Selambau terima dari ratusan/ribuan pembaca blog UndiMejarAnuar.blogspot.com ni ... Terima kasih diucapkan kepada saudara Anti Hindraf kerana sudi menghantar komen/artikel pendek melalui email SelamatSelambau@gmail.com

Kepada pembaca & pelayar blog ini, anda amat dialu-alukan menghantar komen melalui email mahupun melalui komen terus di blog. Kerjasama dan sokongan anda amatlah dialu-alukan! Selamat Mengundi Calon No.14 = Mejar Anuar!

============================================


PEMBAWA KELANGSUNGAN SUARA MELAYU

Mungkin Saudara Mej (B) Anuar Abdul Hamid tidak mampu menjanjikan pembangunan yang luar biasa di kawasan tersebut, tetapi beliau mampu untuk bekerja menjaga dan membawa suara masyarakat di kawasan DUN Bukit Selambau.

Jika kita amati perjuangan dan sumbangannya ke atas masyarakat Islam di dalam dan luar negara seharusnya wakil seperti beliau tidak dipersia-siakan oleh pengundi di DUN Bukit Selambau.
Justeru itu marilah kita ramai-ramai bersepakat menyokong dan undi calon bebas nombot 14 berlambang telefon ini agar kelangsungan suara rakyat di Dun Bukit Selambau.
Pastikan suara Melayu di DUN Bukit Selambau terbela.


Oleh: Anti Hindraf
(Pengundi Bukit Selambau)


============================================

.

BN dan PKR dihantui calon Bebas di Bukit Selambau

SUNGAI PETANI: Banyaknya calon Bebas bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau 7 April depan adalah manifestasi suasana politik di Kedah yang masih tidak menentu, kata penganalisis politik tempatan hari ini.

Dr Azeem Fazwan Ahmad Faruq, pensyarah sains politik Universiti Sains Malaysia (USM) berkata 13 calon Bebas yang bertanding bersama calon Barisan Nasional Datuk S.Ganesan dan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) S.Manikumar akan mengakibatkan undi berpecah kepada banyak calon.

"Tetapi sekiranya BN menang, maknanya trend pengundi berubah kepada BN selepas kalah di Kuala Terengganu dan Permatang Pauh. Inilah yang diingini BN iaitu melihat perubahan trend pengundi," katanya kepada Bernama di sini.

Dr Azeem Fazwan berkata penyertaan banyak calon Bebas mungkin mencerminkan wujudnya perpecahan ekoran tidak dapat menerima calon yang dikemukakan parti dominan seperti PKR dan BN.

"Apabila parti bertanding memberi calon yang pada pandangan kumpulan tertentu tidak dapat diterima oleh mereka, maka timbullah calon Bebas... cuma sukar dipastikan mereka didalangi oleh sesiapa.

"Ini menunjukkan masyarakat itu berpecah kepada banyak puak," katanya.

Beliau berkata jika BN menang, ia juga boleh diterjemahkan sebagai penerimaan pengundi Bukit Selambau terhadap barisan baru pucuk pimpinan Umno yang dipilih pada Perhimpunan Agung yang baru berakhir.

Bagaimanapun, katanya, isu di Bukit Selambau lebih merupakan permasalahan tempatan dan bukannya isu nasional.

Beliau menjangka perpecahan dalaman PKR ketika kini mampu memberikan kelebihan kepada BN untuk menang.

Dr Azeem Fazwan menjangka pengundi Melayu yang merupakan separuh daripada 35,140 pemilih berdaftar bakal menjadi penentu pada 7 April nanti.

Ini kerana, katanya "mood" pengundi India yang merupakan 29.5 peratus pengundi sukar diramal walaupun ada kecenderungan mereka bersikap "antiestablishment".

"Tetapi kita tidak boleh jangka juga kerana mood mungkin berubah selepas Kedah dikuasai kerajaan Pas sejak pilihan raya umum tahun lepas," katanya.

Pengundi Cina pula merupakan 19.3 peratus manakala yang lain mewakili satu peratus daripada jumlah pengundi.

Pensyarah di Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Madya Dr Ahmad Nidzammuddin Sulaiman menyifatkan banyaknya calon Bebas memberi peluang kepada BN memenangi pilihan raya kecil itu.

"BN mempunyai saluran kempen yang lebih meluas berbanding calon Bebas yang ramai. Kebanyakan pengundi Bukit Selambau tinggal di pedalaman dan jumlah calon Bebas yang ramai boleh mengelirukan mereka," katanya.

Beliau juga setuju bahawa perpecahan dalam PKR juga sedikit sebanyak membantu calon BN untuk menang.

Bagaimanapun Ahmad Nidzamuddin tidak menafikan kemungkinan calon Bebas memenangi kerusi Bukit Selambau berdasarkan keputusan pada pilihan raya umum 8 Mac tahun lepas.
Sementara itu, tokoh sejarah Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim berkata penyertaan calon Bebas yang banyak itu tidak pernah berlaku dalam sejarah politik tanah air.

"Saya tak tau apa strategi di sebalik semua ini. Politik dulu bukan macam sekarang kerana orang dulu tak begitu kompleks," katanya.

Beliau berkata kebiasaannya pilihan raya akan melibat pertandingan dua atau tiga penjuru sahaja.

Khoo berkata, ada ketikanya terdapat percaturan untuk menggalakkan seorang calon Bebas bertanding bagi memecah undi dan mereka sering kali ditaja oleh pihak tertentu tetapi sekarang ini dengan 13 calon Bebas, ia sudah menjadi terlampau kompleks.

Calon Bebas yang bertanding ialah R. Loganathan (lambang kelapa sawit), Tan Hock Huat (kunci), Radzi Md Lazim (kerusi), Mohd Fadzil Abdul Wahab (kepala harimau), Abdul Rahim Abu (jam loceng), L. Sarala (basikal), A. Jayagopal (payung), S. Moganakumar (buku), Khamis Awang (ayam jantan), Husaini Yaacob (bas), M. Vanesan (ikan), Mejar (B) Anuar Abd Hamid (TELEFON) dan T.Chandrarajan (kapal terbang).

Pilihan raya kecil DUN Bukit Selambau diadakan berikutan perletakan jawatan V. Arumugam (PKR) pada 8 Feb lepas.

Arumugum memenangi kerusi itu atas tiket Bebas dengan menewaskan calon BN S. Krishnan dengan majoriti 2,362 undi. - Sumber BERNAMA