Monday, March 30, 2009

DARI EMAIL PEMBACA : Rakyat Bukit Selambau Bertuah kerana MEJAR ANUAR Menawarkan Diri Bertanding !




Berikut adalah pandangan yang Selamat Selambau dapat dari Email Pembaca Blog UndiMejarAnuar.blogspot.com (yang dihantar ke SelamatSelambau@gmail.com) ! Terima kasih di atas sokongan anda Saudara Zainul Abidin dan semua pembaca (dan masyarakat Bukit Selambau) UNDILAH MEJAR ANUAR!... Pakat PANGKAH lambang TELEFON! ...

=========================

Assalamualaikum & Salam Hormat!

Adalah terlalu besar rasanya hati saya dan keluarga apabila mengetahui Mejar Anuar akan bertanding pada Pilhanraya Kecil N25 Bukit Selambau kali ini. Sebab beliau amat disenangi pelbagai lapisan masyarakat di sekitar Bukit Selambau. Bahkan musuh-musuh politiknya juga sudah ramai mengakui bahawa Mejar Anuar bukanlah calang-calang orang di DUN Bukit Selambau. Nampaknya, saya dan keluarga sudah ada satu pilihan tepat untuk diundi pada 7 April 2009 nanti.

Saya menyeru kepada sekalian masyarakat pengundi DUN Bukit Selambau yang akan menjalankan tanggungjawab mengundi pada 7hb nanti, semoga mengundilah Calon Bebas Mejar Anuar Hamid (lambang TELEFON). Beliau yang saya kenali, seorang yang amat mesra dengan masyarakat setempat, seorang bekas perajurit yang berani menongkah arus demi Agamanya, Bangsanya dan Negaranya ... Dan pastinya seorang yang amat berprinsip.

Pernah satu ketika (dalam tahun-tahun lepas), saya menerima satu maklumat bahawa Mejar Anuar pernah mengeluarkan wangnya sendiri dalam membiayai persekolahan beberapa murid yang tidak berkemampuan dari sebuah keluarga kurang berada. Pernahkah kita? Usah kata orang lain, saya sendiri pun mengakui tidak pernah/jarang memberikan bantuan kepada walaupun seorang pelajar (anak bangsa) yang tidak berkemampuan, melainkan hanya akan membiayai anak sendiri/anak saudara sahaja. Ini bukan saya nak puji Mejar atau nak ampu dia, tapi inilah hakikatnya yang berlaku.

Sedangkan pada waktu Mejar membantu beberapa pelajar tersebut (tahun-tahun lepas) beliau bukannya tahu pun, bahawa April 2009 beliau akan bertanding sebagai Calon Bebas! ... Tapi, inilah yang bak kata orang tua-tua : BUDI YANG BAIK DIKENANG JUA. Walaupun perkara tersebut pernah berlaku setahun dua sebelum ini, tapi bila Mejar nak lawan sebagai calon pilihanraya kecil kali ini, saya kenang dan saya akan sebut jua kebaikan tersebut.

Ini bagi saya adalah satu sikap mulia dan berhemah tinggi yang pernah ditunjukkan oleh Mejar Anuar sebagai seorang yang kita boleh anggap PEMIMPIN MASYARAKAT. Orang macam Mejar, sekarang agak susah nak di cari di kawasan kita.

Yang banyak, hanya nak tayang muka semasa wartawan datang amik gambar, terutamanya sewaktu majlis Gotong Royong yang dianjurkan. Itu saja. Lepas majlis tu, batang hidung pun tak nampak. Orang macam tu berlambak, bersepah-sepah di Pekan SP! Mudah di cari. Tapi, kalau nak cari orang yang berbudi pekerti macam Mejar Anuar, amat-amatlah sukar pada masa ini.

Lihat saja dalam blog ini, blogmaster memaparkan khidmat masyarakat yang Mejar lalui sehingga sanggup berhabis duit sendiri untuk membantu insan malang di Pakistan, Darfur dan lain-lain ... Kalau nak dibandingkan ke limabelas-limabelas calon bertanding, dari segi khidmat kemanusiaan dan khidmat sosial, Mejar nampaknya jauh meninggalkan lain-lain calon di belakang! Ini adalah fakta. Tak percaya, boleh anda kaji sendiri. Saya sudah kaji.

Jadi, untuk kesekelian kalinya, dan untuk julung-julung kalinya, kita UNDILAH MEJAR ANUAR ABDUL HAMID ... Calon BEBAS Nombor 14 ... Lambang TELEFON.

Sebab secara peribadi bagi saya, keluarga, saudara-mara dan rakan-rakan, kami amat yakin kemampuan Mejar Anuar untuk menjadi wakil kita di Bukit Selambau April 2009 ini. Percayalah!
Ini saja pilihan yang kita ada Demi Agama, Bangsa dan Tanahair.
Rakyat Bukit Selambau Bertuah kerana MEJAR ANUAR Menawarkan Diri Bertanding !
Kita sama-sama bantu beliau untuk bantu kita semua ! ....

Saya yang benar,
.
Zainul Abidin
Penduduk Sungai Petani, Pengundi DUN Bkt Selambau
.
.

No comments: