Sunday, March 29, 2009

Sejarah baru: 15 calon tanding di DUN Bukit Selambau

CIPTA SEJARAH BARU.. Sebahagian daripada lima belas calon yang bertnading di DUN Bukit Selambau. Tiga belas daripada mereka merupakan calon Bebas. Foto THE STAR Oleh MUSTAPHA AHMAD
(MEJAR (B) ANUAR ABDUL HAMID : 5 DARI KIRI)

------------------------

SUNGAI PETANI:Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau mencatat sejarah baru dalam rekod pilihan raya negara ini apabila menyaksikan 15 calon sah bertanding merebut kerusi kawasan itu.

Selain daripada dua calon yang mewakili Barisan Nasional (BN) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), 13 calon lain bertanding atas tiket Bebas.

Calon BN ialah S. Ganesan, 50, daripada MIC dan PKR meletakkan S. Manikumar, 35.
Calon-calon Bebas dengan simbol yang akan dicetak atas kertas undi ialah R. Loganathan, 43 (Kelapa Sawit), Tan Hock Huat, 46 (Kunci), Radzi Md Lazim, 32 (Kerusi), Mohd Fazil Abdul Wahab, 38 (Kepala Harimau), Abdul Rahim Abu, 49 (Jam loceng), L.Sarala, 34 (Basikal) dan A. Jayagopal, 57 (Payung).
S. Moganakumar, 43, menggunakan lambang buku, Khamis Awang, 57 (Ayam Jantan), Husaini Yaacob, 44 (Bas), M.Vaneson, 34, (Ikan), Anuar Abdul Hamid, 58 (Telefon) dan T. Chandrarajah, 40 (Kapal Terbang).

Kesemua calon telah menyerahkan borang dalam tempoh masa penyerahan borang yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) iaitu selama sejam bermula pukul 9 pagi diikuti sesi bantahan yang juga selama sejam bermula pukul 10 pagi.

Menurut Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil Bukit Selambau, Datuk Abdullah Mat Akhir ketika mengesahkan pertandingan 15 penjuru itu di pusat penamaan calon di Sekolah Menengah Teknik 1 di sini kira-kira pukul 12 tengah hari tadi, SPR menerima sembilan bantahan bagi kesemua calon namun ia telah ditolak.

Terdahulu, suasana di sekitar pusat penamaan calon berada dalam keadaan terkawal berikutan langkah polis yang yang telah mengasingkan tempat berkumpul bagi penyokong-penyokong calon BN, PKR dan Bebas.

Pihak polis dan pasukan Unit Simpanan Persekutuan sentiada memantau kawasan sekitar termasuk melakukan tinjauan udara melalui helikopter bagi memastikan proses penamaan calon berjalan lancar.

Tidak ada sebarang kekecohan berlaku melainkan sorakan dan jeritan daripada penyokong-penyokong terutama daripada PKR yang dikatakan menjangkau lapan ribu orang.

(Dipetik dari .... MStar Online)
Oleh ZANARIAH ABD MUTALIB

No comments: