Sunday, March 29, 2009

Sejarah baru: 15 calon tanding di DUN Bukit Selambau

CIPTA SEJARAH BARU.. Sebahagian daripada lima belas calon yang bertnading di DUN Bukit Selambau. Tiga belas daripada mereka merupakan calon Bebas. Foto THE STAR Oleh MUSTAPHA AHMAD
(MEJAR (B) ANUAR ABDUL HAMID : 5 DARI KIRI)

------------------------

SUNGAI PETANI:Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau mencatat sejarah baru dalam rekod pilihan raya negara ini apabila menyaksikan 15 calon sah bertanding merebut kerusi kawasan itu.

Selain daripada dua calon yang mewakili Barisan Nasional (BN) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), 13 calon lain bertanding atas tiket Bebas.

Calon BN ialah S. Ganesan, 50, daripada MIC dan PKR meletakkan S. Manikumar, 35.
Calon-calon Bebas dengan simbol yang akan dicetak atas kertas undi ialah R. Loganathan, 43 (Kelapa Sawit), Tan Hock Huat, 46 (Kunci), Radzi Md Lazim, 32 (Kerusi), Mohd Fazil Abdul Wahab, 38 (Kepala Harimau), Abdul Rahim Abu, 49 (Jam loceng), L.Sarala, 34 (Basikal) dan A. Jayagopal, 57 (Payung).
S. Moganakumar, 43, menggunakan lambang buku, Khamis Awang, 57 (Ayam Jantan), Husaini Yaacob, 44 (Bas), M.Vaneson, 34, (Ikan), Anuar Abdul Hamid, 58 (Telefon) dan T. Chandrarajah, 40 (Kapal Terbang).

Kesemua calon telah menyerahkan borang dalam tempoh masa penyerahan borang yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) iaitu selama sejam bermula pukul 9 pagi diikuti sesi bantahan yang juga selama sejam bermula pukul 10 pagi.

Menurut Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil Bukit Selambau, Datuk Abdullah Mat Akhir ketika mengesahkan pertandingan 15 penjuru itu di pusat penamaan calon di Sekolah Menengah Teknik 1 di sini kira-kira pukul 12 tengah hari tadi, SPR menerima sembilan bantahan bagi kesemua calon namun ia telah ditolak.

Terdahulu, suasana di sekitar pusat penamaan calon berada dalam keadaan terkawal berikutan langkah polis yang yang telah mengasingkan tempat berkumpul bagi penyokong-penyokong calon BN, PKR dan Bebas.

Pihak polis dan pasukan Unit Simpanan Persekutuan sentiada memantau kawasan sekitar termasuk melakukan tinjauan udara melalui helikopter bagi memastikan proses penamaan calon berjalan lancar.

Tidak ada sebarang kekecohan berlaku melainkan sorakan dan jeritan daripada penyokong-penyokong terutama daripada PKR yang dikatakan menjangkau lapan ribu orang.

(Dipetik dari .... MStar Online)
Oleh ZANARIAH ABD MUTALIB

Saturday, March 28, 2009

Mejar Anuar pemegang no.calon 14 dan lambang/logo TELEFON

Dimaklumkan bahawa perjalanan proses penamaan calon N25 DUN Bukit Selambau pada pagi ini telahpun tamat. Setelah berakhir proses penyerahan borang pencalonan dan tempoh bantahan, 15 calon yang menyerahkan borang masing-masing telahpun diumumkan layak bertanding di mana Calon Pilihan Rakyat N25 DUN Bukit Selambau Mejar (B) Haji Anuar Abdul Hamid memegang nombor 14 dan mendapat lambang/logo bertanding dengan logo TELEFON.

Jadi, kepada semua pengundi N25 DUN Bukit Selambau, INGAT NO.14 INGAT TELEFON = CALON PILIHAN SEMUA RAKYAT DI BUKIT SELAMBAU PADA 07 APRIL 2009 NANTI!

Selamat Mengundi Calon Bebas Mejar Anuar !
SelamatSelambau

Pertandingan 15 penjuru di Bukit Selambau

SUNGAI PETANI 29 Mac - Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau mencatatkan sejarah negara apabila menyaksikan buat pertama kali berlakunya pertandingan 15 penjuru.

Senarai calon yang menyerahkan borang bermula pukul 9 pagi dan kini dipamerkan untuk tujuan bantahan di pusat penamaan Sekolah Menengah Teknik 1 Sungai Petani ialah;

1. Datuk S. Ganesan (Barisan Nasional)

2. S. Manikumar (Parti Keadilan Rakyat)

3. Husaini Yaakob (Bebas)

4. T. Chandrarajan (Bebas)

5. Mejar (B) Anuar Abd. Hamid (Bebas)

6. M. Venason (Bebas)

7. Abdul Rahim Abu (Bebas)

8. S. Moganakumar (Bebas)

9. Mohd. Fazil Abd. Wahab (Bebas)

10. Radzi Md. Lazim (Bebas)

11. R. Loganathan (Bebas)

12. L. Sarala (Bebas)

13. A. Jayagopal (Bebas)

14. Tan Hock Huat (Bebas)

15. Khamis Awang (Bebas)

Tuesday, March 24, 2009

SPR Sediakan 20 Lambang Untuk Calon Bebas

Bernama Online : 24 Mac, 2009 17:33 PM

ALOR SETAR, 24 Mac (Bernama) -- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyediakan 20 lambang untuk dipilih oleh calon-calon Bebas yang akan bertanding pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri kawasan Bukit Selambau pada 7 April ini.

Pengarah SPR Kedah, Zainal Abidin Zakaria berkata pengundian akan dibuat sekiranya terdapat lebih seorang calon memilih lambang yang sama."Lambang-lambang itu akan dipamerkan untuk dipilih dan mereka tidak dibenarkan menggunakan lambang selain dari yang disediakan SPR selepas masing-masing disahkan layak bertanding," katanya kepada Bernama semasa dihubungi, Selasa.

Beliau berkata antara lambang tersebut ialah kunci, telefon, bas dan kepala harimau.Pilihan raya kecil itu didakan berikutan peletakan jawatan anggota Exco kerajaan negeri, V. Arumugam daripada Parti KeAdilan Rakyat (PKR) pada 8 Feb lepas.

Penamaan calon ditetapkan pada Ahad ini dan sekiranya ada pertandingan, hari mengundi ialah 7 April.Menurut Zainal Abidin, 10 orang yang berhasrat bertanding termasuk calon Barisan Nasional (BN), Datuk S. Ganeson telah menjelaskan deposit calon sebanyak RM5,000 dan RM3,000 lagi untuk poster.

Calon PKR, S. Manikumar dijangka menjelaskan bayaran tersebut dalam masa terdekat."Deposit itu hanya akan dipulangkan kepada calon-calon yang menarik diri sebelum penamaan calon di Sekolah Menengah Teknik II di Sungai Petani, Ahad ini," katanya.

Beliau menasihatkan calon-calon yang bertanding supaya mematuhi undang-undang, berkempen secara berhemah, tidak menyakitkan hati lawan dan mengelak daripada menimbulkan keadaan yang boleh menyebabkan ketegangan.-- BERNAMA

Monday, March 23, 2009

Sumbangan Ikhlas Kepada Calon

Kepada semua Pelayar Blog UndiMejarAnuar,
sama ada anda orang perseorangan mahupun berkumpulan ataupun sesiapa saja, yang ingin memberikan Sumbangan, Derma atau Tajaan (apa jua bentuk) kepada Mejar Anuar dalam perjuangan beliau di Pilihanraya Kecil DUN N25 Bukit Selambau, bolehlah berbuat demikian melalui Akaun Maybank beliau :

MAYBANK
0020 54 130 136
Anuar Abdul Hamid

... atau boleh email maklumat anda kepada pihak kami di SelamatSelambau@gmail.comuntuk kami majukan terus kepada Mejar Anuar mengenai bentuk Sumbangan atau Tajaan anda kepada beliau.
Sekian, jutaan terima kasih!

Lagi Mengenai Mejar Anuar ditulis ...

Terima Kasih Big Guy !! .... kerana memberi follow-up kepada Mejar Anuar dalam menempuhi Pilihanraya Kecil N25 Bukit Selambau pada 07 April 2009 nanti melalui laman blog popular beliau di : http://bigdogdotcom.wordpress.com/2009/03/21/n-25-bukit-selambau-mantan-ahli-umno-tawar-diri-sebagai-calon-bebas/

Sunday, March 22, 2009

Mejar Anuar di Darfur, Sudan

Aktiviti kemanusia Mejar Anuar di Darfur, Sudan. Sanggupkah anda berbelanja duit poket sendiri untuk membantu mangsa-mangsa sebegini. Tapi Mejar sanggup lakukannya.

Pemimpin sebegini yang kita perlukan.

Wednesday, March 18, 2009

Ramai Bakal Calon N25 Bukit Selambau

Rekod ramai bakal calon Bukit Selambau
Oleh G. MANIMARAN
MStar Online : Siaran - Khamis Mac 19, 2009














PETALING JAYA: Sekurang-kurangnya sembilan orang termasuk tujuh calon Bebas dijangka akan bertanding pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau. Setakat petang ini tujuh orang telah membuat deposit RM5,000 untuk bertanding. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyifatkan perkembangan itu sebagai sejarah dalam sistem pilihan raya negara ini.

"Ini satu perkembangan bersejarah bukan sahaja dari segi pilihan raya kecil tetapi juga pilihan raya umum," kata Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar ketika dihubungi di Sg. Petani semalam.

Kata beliau, jika mengambil kira dua calon Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat, dijangkakan sekurang-kurangnya sembilan akan bertanding.

BN sudah mengumumkan calon Sabtu lalu manakala Pakatan Rakyat dijadual Jumaat ini. "Jika ini berlaku, pilihan raya kecil ini akan menjadi sesuatu yang menarik," katanya. Bagaimanapun kata beliau, ketujuh-tujuh calon berkenaan boleh mendapatkan deposit mereka jika tidak bertanding kelak.

BN menamakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas, Datuk S. Ganesan sebagai calon.

Setakat ini Pakatan Rakyat yang diwakili Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah menyenaraikan lima calon.

Daripada lima calon itu, seorang ahli perniagaan muda berusia 30an, dijangka menjadi pilihan PKR.

It could be a dozen fighting for Bkt Selambau












It could be a dozen fighting for Bkt Selambau

By SIRA HABIBU

ALOR SETAR: The Bukit Selambau by-election could turn out to be a 12-cornered fight judging from the number of people voicing their intention to contest.Kedah Election Commission director Zainal Abidin Zakaria said the number of candidates wanting to contest was unusually high.

“So far seven independent candidates have paid deposits (RM5,000 each for candidacy and RM3,000 each for election materials).”

The independent candidates who have taken their nomination forms are ;

former Kedah PPP Wanita chief L. Sarala, 34;
businessman T. Chandrarajan, 40;
contractor R. Loganathan, 43;
and businessman Tan Hock Huat, 46.

Others are businessman Zaharan Abdullah, 39;
retired army personnel Mohd Fadzli Wahab, 38,
and Major (rtd) Anuar Abdul Hamid, 58.

Three other independent candidates who have expressed their interest but have yet to take their nomination forms are ;

former PKR Zon Mawar chief Mohamad Radzuan Mat Isa, 52;
former Malaysia Indian Muslim Congress adviser Datuk Thasleem Mohd Ibrahim, 59;
and businessman M. Vaneson, 34.

Barisan Nasional is fielding S. Ganesan, while Pakatan Rakyat is expected to announce its candidate on March 28, a day before nomination day.

The Bukit Selambau seat fell left vacant following the resignation of PKR’s V. Arumugam on Feb 8. Of the 35,140 voters here, about 50% are non-Malays.Polling is fixed on April 7.


Tuesday, March 17, 2009

BUTIR-BUTIR PERIBADI CALON

Nama : MEJAR HAJI ANUAR BIN ABD HAMID (BERSARA)
Tarikh Lahir : 26 Februari 1951
Tempat Lahir : Sungai Petani, Kedah
Taraf Perkahwinan : Berkahwin
Butiran Mengenai Anak : 4 Orang (2 Lelaki , 2 Perempuan)

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN DAN KURSUS

1958 – 1961 : Sekolah Kebangsaan Pusat Sungai Petani,Kedah.
1962 – 1964 : Sekolah Rendah Ibrahim Inggeris Sungai Petani,Kedah
1965 – 1969 : Sekolah Menengah Ibrahim Inggeris, Sungai Petani, Kedah
1970 – 1971 : Maktab Tentera Di Raja Sungai Besi.
9.5.72 – 2.6.72 : New Zealand Small Arms Coaching Course.
12.6.72 – 28.7.72 : Kursus Senjata Kompeni.
8.7.73 – 21.7.73 : Kursus Pegawai Gerakan Udara.
18.3.73 – 28.4.73 : Kursus Pegawai Pengangkutan Pasukan.
3.9.73 – 9.10.73 : Kursus Pegawai Perisikan Tentera.
5.11.73 – 12.12.73 : Kursus Perang Saraf dan Gerak Saraf.
28.5.74 – 24.7.74 : Kursus Muslihat Pegawai.
8.12.74 – 12.12.74 : Kursus Jerangkap Samar dan Periok Api.
15.9.76 – 9.11.76 : Kursus Pegawai Tadbir Pasukan.
20.10.78 – 24.10.78 : Kursus Pengurusan Sumber Manusia.
20.3.80 – 16.5.80 : Kursus Pegawai Turus.
19.1.81 – 31.3.81 : Kursus Ketua Kompeni.
18.4.82 – 15.6.82 : Kursus Muslihat Semua Perkhidmatan.
5.1.87 – 27.11.87 : Kursus Diploma Maktab Turus Angkatan Tentera (psc)
6.9.89 – 26.10.89 : Kursus Pegawai Pembangunan Latihan.

BUTIR-BUTIR PERKHIDMATAN

1. 1970 – 1971 : Maktab Tentera Di Raja
2. Disember 1971 : Ditauliahkan sebagai Leftenan Muda di dalam Batalon ke 12 REJIMEN ASKAR MELAYU DIRAJA.
3. 1972 – 1974 : Ketua Pelatun Infanteri.
4. 1974 – 1976 : Pegawai Perisikan Pasukan.
5. 1976 – 1979 : Ejutan 12 Rejimen Askar Melayu Di Raja.
6. 1979 – 1980 : Juruiring kepada Panglima Logistik Kementerian Pertahanan.
7. 1980 – 1981 : Pegawai Turus Tiga Operasi Markas 3 Briged.
8. 1981 – 1984 : Ketua Kompeni Batalion ke 22 Rejimen Askar Melayu Diraja.
9. 1984 – 1985 : Pegawai Turus 2 Gerak Majlis Keselamatan Negara Jabatan Perdana Menteri.
10. 1986 : Pegawai Perisikan Tentera Kedah dan Perlis
11. 1987 : Melanjut pelajaran di Maktab Turus Angkatan Tentera Malaysia.
12. 1988- 1991 : Ketua Jurulatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan(PALAPES) Universiti UtaraMalaysia.
13. 1991 : Bersara Pilihan dan memasuki sektor Swasta
14. 1991 : Sekarang – Menjadi Wakil Niaga Saham (Remisier) Bursa Malaysia.

KEGIATAN/AKTIVITI

1. MERCY MALAYSIA - Ahli Seumur Hidup

2. Bertugas sebagai sukarelawan misi bantuan Kemanusiaan dan Perubatan di peringkat Antarbangsa bersama MERCY MALAYSIA di negara-negara berikut:

a. 22 Jul – 13 Ogos 03 : Bantuan Kemanusiaan Perang di IRAQ.
b. 06 Feb – 07 Mac 04 : Bantuan Kemanusiaan Gempa Bumi di BAM IRAN.
c. 18 Nov – 07 Dis 04 : Bantuan Kemanusiaan mangsa perang saudara di DARFUR, SUDAN.
d. 05 Mac – 11 Mac 04 : Bantuan Kemanusiaan Tsunami di ACHEH, INDONESIA.
e. 10 Okt – 22 Okt 05 : Bantuan Kemanusiaan Gempa Bumi di KASHMIR, PAKISTAN.
f. 14 Nov – 26 Nov 05 : Bantuan Kemanusiaan Gempa Bumi di BAGH, PAKISTAN.
g. 11 Ogos – 13 Sept 06 : Bantuan Kemanusiaan Perang di LUBNAN.
h. 19 – 27 November 2008 : Bantuan Kemanusian Banjir, di YEMEN

3. Bantuan Kemanusiaan Dalam Negara bersama MERCY Malaysia:

a. 2003 : Mengendali bantuan banjir besar di daerah Kuala Muda, Kulim, Baling & Pendang.
b. 2004 – 2005 : Menyelaras bantuan Kemanusiaan mangsa Tsunami di Kuala Muda & Langkawi, Kedah.
c. 2006 : Menyelaras bantuan banjir di daerah Kubang Pasu, Kedah.

4. Persatuan Bekas Tentera Melaysia (PBTM):

a. 2000 - 2003 :Timbalan Ketua Cawangan Merbok.
b. 2003 – 2009 : Ketua Cawangan Merbok.
c. 2004 – 2006 : Ketua Penerangan PBTM Negeri Kedah.

5. Parti Politik UMNO :

a. 1995 – 2008 :AJK UMNO BAHAGIAN MERBOK
b. 1998 – 2008 :Ketua Cawangan UMNO Jalan Badlishah

6. Jawatan dalam Pertubuhan

a. 1998 – 2000 : Ahli Majlis, Majlis Perbandaraan Sungai Petani, Kedah
b. 2006 – 2008 : Ahli Lembaga Pelawat/Hakim Pelawat Penjara Sungai Petani.
c. 2007 – 2009 : Setiausaha Lembaga Pelawat Bengkel Daya Orang Kurang Upaya Jabatan Kebajikan Masyarakat Sungai Petani.
d. 2006 – 2008 : Penaung Persatuan Kereta Sewa/Teksi Bekas Tentera Malaysia Daerah Kuala Muda.
e. 2000- Sekarang : Penasihat Kelab Kereta Kancil Sungai Petani.
f. 2005 – 2006 : Naib Kapten Kelab Golf Sungai Petani.
g. 2007 – 2010 : Ahli Lembaga Pelawat Hospital Sungai Petani.

Monday, March 16, 2009

Bermulanya Perjuangan Awal Untuk DUN Bukit Selambau

Pada pukul 3.45pm, 16hb Mac 2009, bertempat di Pejabat SPR Negeri Kedah, Mejar Anuar telah menjelaskan deposit bagi pencalonan dirinya untuk Bukit Selambau.

Dengan pembayaran tersebut, khabar-khabar angin yang mengatakan bahawa Mejar Anuar tidak akan bertanding atau bahawa beliau telah menarik diri, pupus dengan sendirinya.

Bermulalah kini perjuangan Mejar Anuar untuk membela penduduk-penduduk Bukit Selambau.

UNDILAH MEJAR ANUAR!

Fakta N25 Bukit Selambau


* Fakta Pengundi MAC 2008


N25 Bukit Selambau
Melayu : 50.20% Cina : 19.25% India : 29.53% Lain : 1.02%

1. S Krisnan (BN) .................. 10,863
2. V Arumugam (Bebas) ...... 13,225

Majoriti : 2,362
Undi Rosak : 1,694
Jumlah Undi : 25,782
% Mengundi : 73.76 %



-------------------------

Fakta Pengundi 2004

N25 Bukit Selambau

1. Saravanan Velai Udayar (BN) .... 14,196
2. Mustafa Khalid Hanafi (PKR) ..... 6,501
3. Gnanaguru Ganisan (DAP) ......... 2,120

Majoriti : 7,695

Sekian. Terima Kasih!

Sunday, March 15, 2009

Salam Hormat! Salam Perjuangan Bukit Selambau!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ...

Bertemu kita buat kali pertama dalam blog UndiMejarAnuar.blogspot.com yang dikelolakan khusus untuk Saudara kita Mejar (B) Haji Anuar Bin Abdul Hamid, CALON BEBAS Pilihan Rakyat di Bukit Selambau.

SelamatSelambau mengucapkan Selamat Datang, Selamat Membaca dan Selamat Bertindak dengan Mengundi Mejar Anuar, kepada suluruh pelayar webblog ini.

Terima kasih di atas kesudian Saudara dan Saudari para pelayar web ini, anda amat dialu-alukan di sini.

Web blog ini akan sedaya upaya membantu anda para pengundi di N25 Bukit Selambau, untuk mengenali Calon Bebas ini (Mejar Anuar) sebagai wakil rakyat pilihan anda! InsyaAllah.

Teruskan ulang layari laman ini dari semasa ke semasa. Sila berikan komen anda demi kebaikan seluruh warga Bukit Selambau. Sesungguhnya, MEJAR ANUAR adalah pilihan yang tepat!


SelamatSelambau
16 MARCH 2009
11:15 Pagi